Loading...

Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan

Loading...
Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan
link : Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan

Baca juga


Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan

TEMERLOH: Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah di sini yang dinaik taraf daripada dua kepada empat lorong bakal dibuka kepada pengguna secara rasminya pada 31 Ogos depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, setakat ini kerja-kerja naik taraf jambatan tersebut telah mencapai tahap 86 peratus.

Menurutnya, jambatan itu dijangka mampu menampung hingga kira-kira 10,000 kenderaan sehari.

"Berita baiknya difahamkan ia siap dengan sempurna dan ada penjimatan masa. Tahniah kepada kontraktor yang dilantik.

"Projek ini diluluskan bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia Kesebelas (RP3, RMKe-11) Tahun 2020.

"Kaedah perolehan projek ini adalah secara tender terbuka, pembinaan projek dimulakan pada 10 September 2020 dengan kos kontrak semasa berjumlah RM102 juta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas turun padang bagi meneliti kerja-kerja penyambungan segmental box girder (SBG) jambatan itu di sini pada Jumaat.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Dasar dan Pembangunan), Datuk Zahrul Hakim Abdullah dan Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang, Datuk Hafizah Zakaria.

Ujar beliau, antara skop kerja utama projek adalah membina jambatan baharu bersebelahan jambatan sedia ada berukuran 655 meter (m) panjang dan 11.5m lebar, menaik taraf jalan tuju sepanjang 1.5km, menaik taraf dan membina sistem saliran, pemasangan lampu dan perabot jalan, pengambilan tanah dan pengalihan utitili.

Jelasnya, antara keistimewaan projek itu adalah 'decking system' daripada SBG sepanjang 200m yang digunakan pada rentang utama jambatan (span 4) tersebut merupakan antara yang terpanjang di Malaysia.

"Tahniah pada JKR kerana kebolehan dan kemampuan keseluruhan proses reka bentuk dilaksanakan sepenuhnya oleh tenaga kepakaran tempatan daripada JKR sendiri," tambah beliau.

Projek naik taraf jambatan daripada dua lorong kepada empat lorong adalah sebahagian daripada solusi untuk menyelesaikan isu 'bottle neck' serta kesesakan trafik di jambatan sedia ada terutamanya pada waktu puncak dan musim perayaan. #sumber



Demikianlah Artikel Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan

Sekianlah artikel Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/05/jambatan-sultan-haji-ahmad-shah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Di Naik Taraf Empat Lorong Buka Pada 31 Ogos Depan"

Catat Ulasan

Loading...