Loading...

Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat

Loading...
Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat
link : Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat

Baca juga


Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat

KUANTAN: Pembangkang di Pahang mendakwa lima Ahli Dewan Negeri (ADN) lantikan yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini adalah berlandaskan politik semata-mata.

ADN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin berkata, kewujudan mereka sebenarnya tidak berfungsi, selain tidak memberi manfaat kepada rakyat.

“Lantikan tersebut berdasarkan lantikan politik semata-mata, jadi (saya berpandangan) tiada keperluan sebenarnya melantik mereka ini.

“Saya juga tidak nampak mereka ini memberi manfaat kepada rakyat dan tidak berfungsi. Ini kerana mereka tiada kawasan masing-masing,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai lima ADN Lantikan pada 13 Mei lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota, pada Selasa.

Pelantikan kelima-limanya tanpa melalui proses pilihan raya itu diluluskan setelah mendapat majoriti mudah dan diumumkan pada Persidangan DUN.

Lima ADUN lantikan tersebut terdiri daripada Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qadri; Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Sebelum itu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus dan Jasri yang menandatangani surat arahan bertulis itu dikeluarkan kepada semua wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Pahang.

Jasri yang Ketua Bersatu Bahagian Maran menjelaskan lantikan berkenaan juga disifatkan membazirkan wang kerajaan Pahang sedangkan perbelanjaan itu boleh disalurkan kepada medium yang lebih strategik.

”Setiap perbelanjaan bagi ADN Lantikan tersebut menelan kos hampir berbelas ribu, setahun RM1 juta, kalau hendak hendak tunggu tiga tahun akan datang bazir hampir RM3 juta.

”Jadi, kalau hendak dibandingkan jumlah tersebut (lebih baik) diberikan kepada ADUN (menang) kawasan masing-masing untuk melaksanakan projek kecil, saya rasa itu lebih bermanfaat kepada rakyat,” jelas Jasri.

Sementara itu, Mohd Yazid pula berpendapat kerajaan Pahang gagal mengotakan janji bahawa lantikan tersebut mewakili kelompok tertentu seperti Orang Asli, orang kurang upaya (OKU) selain golongan profesional tanpa membabitkan fahaman politik.

Ujarnya, lebih mengecewakan apabila Kerajaan Pahang mengatakan bahawa ADN lantikan itu bukan daripada politik, namun ia berlaku sebaliknya.

“Empat daripada lima yang dilantik memang ‘clear’ (berlatar belakang politik). Pihak kami rasa lucu sebab kerana apa yang mereka jelaskan tidak seperti dizahirkan.

“Kami bersetuju jika lantikan itu dari golongan profesionalisme,” katanya lagi. #sumber



Demikianlah Artikel Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat

Sekianlah artikel Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/05/jasri-lima-ahli-dewan-negeri-adn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jasri: Lima Ahli Dewan Negeri (ADN) Lantikan Di Pahang Tidak Memberi Manfaat Kepada Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...