Loading...

Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran

Loading...
Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran
link : Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran

Baca juga


Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran

KUANTAN: Pahang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memastikan bekalan sayur dan buah-buahan dalam pasaran negeri adalah selamat dimakan, di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata penubuhan Jawatankuasa Kawalan Keselamatan Penggunaan Racun Makhluk Perosak Dalam Sayur Dan Buah Negeri Pahang itu dipersetujui dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) semalam.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengawal penggunaan racun makhluk perosak dalam sektor perladangan sayur dan buah di negeri ini, dengan objektif menyelaras dan mengawal selia aktiviti-aktiviti pemantauan penggunaan racun makhluk perosak, memastikan kawalan penggunaan racun makhluk perosak bermula dari ladang sehingga ke pasaran.

"Selain itu ia juga akan melaksanakan program latihan dalam kalangan pengusaha dan pengendali racun makhluk perosak, meningkatkan kerjasama di antara agensi yang terlibat di sepanjang rantaian bekalan bermula dari ladang hingga ke pasaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jawatankuasa itu akan dipengerusikan Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan negeri Ir Razali Kassim, dengan lapan anggotanya terdiri daripada Pengarah Kesihatan negeri, Timbalan Setiausaha kerajaan Pahang (Pembangunan), Ketua Polis Pahang, Pengarah Pertanian Pahang, Pengarah Tanah dan Galian Pahang, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang.

Wan Rosdy berkata jawatankuasa itu juga akan menyelaras dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan mengikut fungsi agensi masing-masing, justeru beliau berharap dengan adanya jawatankuasa ini, kerajaan negeri dapat memastikan sayur dan buah-buahan di pasaran adalah selamat. #sumber



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/05/kerajaan-pahang-tubuhkan-satu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan Pahang Tubuhkan Satu Jawatankuasa Khas Pastikan Buah, Sayur Selamat Di Pasaran"

Catat Ulasan

Loading...