Loading...

Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz

Loading...
Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz
link : Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz

Baca juga


Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz

KUANTAN: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) mencatatkan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.07 dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Melalui hantaran Facebooknya, Mohd Na’im berkata, kejayaan cemerlang MTNP amat membanggakan beliau sekali gus melonjakkan institusi tahfiz di negara ini.

Berdasarkan video yang dikongsikan, beliau berkata, MTNP akan menjadi titik tolak dan dorongan kepada institusi tahfiz lain mengikut jejak institusi terbaik tersebut.

"Bila sudah ada 'benchmark' macam ini barulah yang lain boleh ikut.

"Ini kali pertama institusi tahfiz muncul sebagai institusi yang cemerlang mengatasi sekolah-sekolah elit," katanya.

Beliau menambah, mengangkat martabat al-Quran bukan sekadar menyebut sebaliknya sudah ada contoh terbaik yang boleh diketengahkan.

Tambahnya, sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan, bersungguh-sungguh dalam mengangkat martabat kitab suci ini, tiada satu cabaran sekali pun untuk keluar sebagai institusi ataupun individu yang cemerlang.

"Ini melambangkan bagaimana saya sebutkan (bahawa) al-Quran sebagai nur yang dibina dilahirkan dalam jiwa anak-anak ini.

"Beri (apa sahaja) peluang kepada mereka untuk menimba ilmu pengetahuan maknanya dengan adanya cahaya ini (al-Quran) dalam jiwa dan sanubari mereka ini mudah untuk menerima apa sahaja," katanya.

Terdahulu, beliau melakukan kunjungan hormat kepada pengurusan tertinggi MTNP bersempena Majlis Penutupan Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada Selasa lalu.

Mohd Na’im turut memaklumkan beliau bersama Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berbesar hati meraikan pelajar-pelajar cemerlang SPM tersebut pada lawatan ke MTNP baru-baru ini.

"Saya mendoakan seluruh pelajar menjadi huffaz yang profesional, berbakti kepada agama, negara dan ummah.

“Tahniah atas kejayaan ini dan ia merupakan satu kejayaan yang pertama yang diperoleh institusi tahfiz negara.

“Saya rasa kejayaan yang diperoleh MTNP ini membuktikan bahawa pelajar-pelajar dan anak-anak yang membawa roh al-Quran dalam jiwa mereka ini, mereka boleh berjaya. Bukan sahaja dalam aspek keagamaan al-Quran dan sunnah nabi tetapi juga dalam akademik," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz

Sekianlah artikel Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/05/mohd-naim-kejayaan-maahad-tahfiz-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mohd Na’im: Kejayaan Maahad Tahfiz Negeri Pahang Membanggakan, Lonjak Nama Institusi Tahfiz"

Catat Ulasan

Loading...