Judul : Dua Maut, 19 Cedera, Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi
link : Dua Maut, 19 Cedera, Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi
Dua Maut, 19 Cedera, Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi
BENTONG: Dua penumpang maut manakala 19 lagi cedera selepas bas persiaran dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 16.5, jalan turun dari Genting Highlands, pagi tadi.
Dua daripada mangsa dilapor tersepit di dalam bas namun disahkan meninggal dunia.
Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.43 pagi.
Sepasukan bomba dan penyelamat dari BBP Bentong, BBP Genting Highlands dan Unit Kebakaran Genting dikejarkan ke lokasi.
Sejurus tiba, didapati dua penumpang tersepit di dalam bas manakala 19 orang mangsa dibawa keluar dari bas.
Pemeriksaan mendapati bas persiaran tersebut membawa 11 penumpang lelaki dan tujuh wanita warga China.
Manakala tiga lagi mangsa adalah pemandu dan dua pemandu pelancong warga tempatan.
Mayat dua penumpang tersebut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Identiti mangsa belum dikenal pasti.P unca sebenar kejadian masih dalam siasatan. #sumber
Demikianlah Artikel Dua Maut, 19 Cedera, Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi
Anda sekarang membaca artikel Dua Maut, 19 Cedera, Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/06/dua-maut-19-cedera-bas-persiaran.html
0 Response to "Dua Maut, 19 Cedera, Bas Persiaran Terbabas Lalu Terbalik Dekat Genting Higlands Pagi Tadi"
Catat Ulasan