Loading...

Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin

Loading...
Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin
link : Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin

Baca juga


Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin

KUANTAN: Apa sudah jadi dengan kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri di atas tanah milik Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam  Melayu Pahang (MUIP) di Bukit Kuin, Jalan Sungai Lembing - Kuantan?.

Itu persoalan yang ditimbulkan oleh aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli ketika menghubungi kami hari ini,

"Difahamkan sudah lebih 10 tahun terbiar, sehingga kini masih belum digunakan. Sedangkan kawasan jirat Cina bersebelahan sudah hampir penuh dan telah lama beroperasi," kata Shukri ketika turun padang ke lokasi itu semalam.

Menurut Shukri, memandangkan lokasi tanah perkuburan ini terletak berhampiran jalan utama maka sudah pastilah orang ramai terutamanya umat Islam yang lalu lalang di sini tertanya-tanya, apakah status kawasan terbabit sekarang.

"Saya juga dimaklumkan oleh penduduk setempat, sebenarnya kawasan tanah seluas 25 ekar itu juga sudah dipersetujui untuk didirikan sebuah maahad tahfiz. Namun sehingga ke hari ini tiada apa-apa tindakan dan kerja tanah yang dilakukan," tambah beliau lagi.

Memandangkan tanah perkuburan ini tidak berapa jauh daripada bandaraya Kuantan, maka sudah pasti ia boleh dimanfaatkan untuk kegunaan ramai pihak.

Pada masa ini kawasan tanah perkuburan Islam seperti di Jalan Bukit Ubi, Setali dan Bukit Rangin yang berdekatan sudah semakin sempit untuk digunakan, maka sepatutnya kawasan ini dibangunkan segera sebagai persediaan di masa hadapan.

"Lokasi tanah perkuburan ini amat strategik, betul-betul ditepi jalan utama dan sudah pasti memudahkan urusan pengebumian sebenarnya. Cuma, memandangkan kawasan ini agak berbukit maka ia perlulah diratakan terlebih dahulu sebelum tindakan susulan dapat dilaksanakan." kata Shukri lagi. 

Tambah beliau, membiarkan kawasan tanah perkuburan ini terus semak-samun tanpa digunaka boleh mencemarkan imej agama Islam itu sendiri sebenarnya. 

Justeru pihak MUIP perlu berkerjasama dengan Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung  (JPKK) untuk memastikan lokasi ini dapat dibangunkan segera. 

"Permudahkanlah apa sahaja permasalahan, agar ia memberi keselesaan dan kesejahteraan untuk semua pihak. Lagi pun ini adalah kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri berdasarkan papan tanda yang tertera," katanya. #PDO



Demikianlah Artikel Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin

Sekianlah artikel Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/06/lebih-sepuluh-tahun-kawasan-tanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik MUIP Terbiar Di Bukit Kuin"

Catat Ulasan

Loading...