Loading...

Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm

Loading...
Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm
link : Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm

Baca juga


Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm

BENTONG: Lelaki yang melarikan kereta jenis Honda City 1.5L V dari sebuah stesen minyak di Jalan Semambu, Kuantan, kelmarin, sempat menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis, Karak dan tertidur hampir tiga jam di situ sebelum diberkas polis tengah malam tadi.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata lelaki tempatan berusia 40 tahun itu yang sedang nyenyak tidur di ruang tamu rumah berkenaan, ditahan kira-kira jam 12.45 tengah malam selepas polis menerima maklumat daripada pemilik kediaman itu.

Beliau berkata, pemilik rumah yang tinggal bersama isteri dan tiga anaknya itu, memaklumkan terdapat lelaki tidak dikenali datang dan terus masuk ke dalam rumah mereka, kira-kira jam 10 malam lalu mengurung keluarga itu dalam sebuah bilik.

"Lelaki terbabit kemudian tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis. Dengan penahanan ini, kes tular yang berlaku pada 3 Jun lalu dapat diselesaikan.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai enam rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, hari ini.

Yahaya berkata, dengan penahanan itu juga, polis berjaya mengesan semula kereta Honda City terbabit di pasar awam di Karak, iaitu lokasi kenderaan itu ditinggalkan sebelum lelaki berkenaan menumpang orang awam ke Kampung Chinta Manis.

"Polis sedang menyiasat lanjut mengapa suspek menukar nombor plat kereta dan kemudian meninggalkan kereta di pasar. Kereta itu tidak rosak, cuma terdapat kesan calar pada beberapa bahagian selepas tampalan poster dikikis suspek bagi mengelak dikesan.

"Selain itu, suspek turut mengaku terlibat dalam kes kecurian motosikal yang digunakan dalam kejadian sebelum melarikan kereta terbabit," katanya.

Beliau berkata, polis merampas sejumlah barangan daripada lelaki itu, antaranya satu jam tangan jenama Lashida, satu jam tangan jenama Bonia, dua gunting, dua pisau lipat serta sarung kepala.

Lelaki itu, katanya, direman hingga esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Isnin lalu, seorang pesara guru wanita melalui detik cemas apabila dilarikan seorang lelaki tidak dikenali menggunakan kereta milik anaknya dalam kejadian di stesen minyak di Jalan Semambu, kira-kira 3.10 petang.

Sebelum itu, mangsa, Napisah Muhammad, 68, bersama suami, Mohamed Halim Omar, 77, dan anak perempuan mereka seorang akauntan yang juga pemilik kenderaan terbabit berhenti di stesen minyak itu untuk mengisi minyak serta ke tandas. #sumber



Demikianlah Artikel Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm

Sekianlah artikel Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/06/lelaki-curi-kereta-dari-stesen-minyak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Curi Kereta Dari Stesen Minyak Kuantan, Sempat Ceroboh Rumah Di Karak, Tertidur Tiga Jm"

Catat Ulasan

Loading...