Judul : Pejalan Kaki Maut Depan SK Kampung Padang, Aktivis Gesa Bina Segera Jejantas Pejalan Kaki Dan Motoskial
link : Pejalan Kaki Maut Depan SK Kampung Padang, Aktivis Gesa Bina Segera Jejantas Pejalan Kaki Dan Motoskial
Pejalan Kaki Maut Depan SK Kampung Padang, Aktivis Gesa Bina Segera Jejantas Pejalan Kaki Dan Motoskial
KUANTAN: Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa kerajaan membina sebuah jejantas untuk kemudahan pengguna jalan raya di Jalan Kuantan-Sungai Lembing berhadapan dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Padang dekat sini.
Terdahulu, sekitar jam 8.30 pagi tadi satu lagi kejadian kemalangan maut melibatkan seorang pejalan kaki dengan sebuah lori berlaku di lokasi terbabit.
Menurut Shukri, ini bukan kali pertama kemalangan berlaku di situ. Menurut aduan penduduk setempat, sebelum ini sudah banyak kali kemalangan terjadi namun tiada tindakan sewajarnya termasuk pembinaan sebuah jejantas untuk keselesaan dan keselamatan orang ramai.
"Kerajaan harus ingat, kawasan ini sudah semakin sesak kerana ia digunakan oleh sebahagian besar penduduk Kampung Padang untuk menghantar anak ke sekolah mahu pun ke masjid yang berdekatan.
"Jalan semakin sesak terutamanya pada waktu puncak gara-gara lampu isyarat yang masih lagi digunakan sehingga ke hari ini. Sepatutnya sebuah jejantas untuk laluian pejalan kaki dan motosikal didirikan. Ia lebih terjamin dan mdapat menggelakkan kesesakan di laluan ini," katanya,
Shukri turut menjelaskan, laluan ini bertambah sibuk kerana ia menjadi laluan utama kenderaan dari arah Plaza Tol Kuantan untuk ke pusat bandaraya.
"Jalan semakin sesak, makanya kemudahan jejantas perlu dibina segera untuk masa depan. Dua benda dapat diatas iaiatu kesesakan dan keselamatan. Bayangkan kanak-kanak sekolah terpaksa melintas jalan setiap hari dalam keadaan kapasiti pengguna jalan raya yang semakin meningkat.
"Bukan tidak bagus ada lampu isyarat, namun terkadang ada yang kejar lampu merah dan akibatnya pejalan kaki dan penunggang motosikal yang akan menjadi mangsa. Sebab itu lebih elok didirikan jejantas.Ia lebiih selesa untuk semua pihak sebenarnya." tambah Shukri lagi.
Menurut laporan page facebook Polis Trafik Kuantan pagi ini, satu kemalangan melibatkan pejalan kaki berlaku. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di tempat kejadian. Mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk siasatan lanjut. #PDO
Demikianlah Artikel Pejalan Kaki Maut Depan SK Kampung Padang, Aktivis Gesa Bina Segera Jejantas Pejalan Kaki Dan Motoskial
Anda sekarang membaca artikel Pejalan Kaki Maut Depan SK Kampung Padang, Aktivis Gesa Bina Segera Jejantas Pejalan Kaki Dan Motoskial dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/06/pejalan-kaki-maut-depan-sk-kampung.html
0 Response to "Pejalan Kaki Maut Depan SK Kampung Padang, Aktivis Gesa Bina Segera Jejantas Pejalan Kaki Dan Motoskial"
Catat Ulasan