Loading...

Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat

Loading...
Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat
link : Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat

Baca juga


Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan disarankan untuk segera bantu kerajaan Pahang meninjau dan mengambil tindakan bagi menentukan tahap keselamatan Jalan Kuantan-Segamat.

Saranan itu dibuat oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Utama Istana Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya, pada Isnin.

Baginda bertitah, kemalangan perlu dielakkan di jalan raya, terutama apabila aliran trafik bertambah pada musim perayaan, cuti persekolahan, dan cuti umum.

Justeru, tindakan pantas perlu diambil oleh semua pihak berwajib bagi mengelakkan kejadian berulang.

Oleh yang demikian, Baginda berpandangan bahawa jika semua perkara ini ditangani bersama antara pihak berkuasa dan pengguna jalan raya, ia bukan sahaja dapat memberi keselesaan, malah keselamatan penumpang dan pemandu akan lebih terjamin serta mengurangkan risiko kemalangan di jalan tersebut.

Baginda turut mengingatkan pengguna jalan raya untuk lebih berwaspada dengan memandu secara berhemah dan berhati-hati dan pemandu juga mesti berada dalam keadaan sihat serta cukup rehat bagi mengelakkan hilang kawalan.

"Statistik daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam tempoh lima tahun lalu dari 2020 hingga kini, mencatatkan sebanyak 65 kes kemalangan dengan 79 maut di jalan berkenaan.

"Antara punca kemalangan yang dikenal pasti ialah letih, mengantuk, dan kecuaian," titah Baginda dalam kenyataan tersebut.

Sebelum itu, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga yang terkorban dalam kemalangan melibatkan bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan-Segamat berhampiran simpang tiga Bahau, Rompin, pada Ahad.

Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dan dukacita serta berharap agar seluruh ahli keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Baginda berdua mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

Baginda turut menzahirkan rasa syukur kerana seramai 36 ahli rombongan yang terdiri daripada guru dari Sekolah Kebangsaan Jeram, Melaka selamat dan hanya mengalami kecederaan serta mendoakan semoga mereka dikurniakan kesembuhan segera.

Sebelum ini, empat disahkan meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku pada jam 12.30 pagi Ahad, apabila bas terbabit terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar treler yang membawa muatan gelung besi.

Bas tersebut dalam perjalanan membawa rombongan 22 guru dan lima kakitangan SK Jeram bersama keluarga mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras. #sumber



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat

Sekianlah artikel Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/06/sultan-pahang-saran-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Sultan Pahang Saran Kerajaan Persekutuan Bantu Kerajaan Negeri Pahang Tinjau Jalan Kuantan-Segamat"

Catat Ulasan

Loading...