Loading...

Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

Loading...
Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia
link : Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

Baca juga


Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

KUANTAN: Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) menafikan dakwaan tidak mematuhi pelaksanaan dan pengumpulan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) di pusat berkenaan.

Sebaliknya, ia menegaskan telah mematuhi semua garis panduan pelaksanaan dan pengumpulan markah seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Ini termasuk menghantar markah kepada pihak KPM mengikut ketetapan masa dan kaedah sebagaimana arahan dalam surat-surat KPM yang dikeluarkan kepada MTNP, tegas Ketua Pegawai Eksekutif MTNP, Mohd Lafzul Muda.

“Kami ingin merujuk kepada hantaran tular bertajuk ‘Rezeki Tertangguh Berjemaah’ yang dipaparkan melalui akaun Facebook salah seorang penjaga pelajar yang telah tular berkaitan PAJSK.

“MTNP telah segera berhubung dengan pihak KPM, Kementerian Pendidikan Tinggi, asasi universiti- universiti serta badan-badan penaja dan telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak-pihak yang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Lafzul mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan semua pihak terhadap perkara ini.

Dalam satu hantaran yang tular itu, seorang penjaga pelajar sekolah swasta ini mendakwa anaknya gagal mendapat pilihan pertama selepas keluar keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan baru-baru ini.

Penjaga itu mendakwa, siasatan yang dilakukanya mendapati terdapat kesilapan markah PAJSK yang menyumbang 10 peratus daripada merit, sehingga menyebabkannya anaknya dan pelajar sekolah berkenaan yang dinobat sebagai sekolah paling cemerlang ketika peperiksaan SPM lalu tidak mendapat tempat pada pilihan pertama UPU. #sumber



Demikianlah Artikel Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia

Sekianlah artikel Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/07/permarkahan-maahad-tahfiz-negeri-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Permarkahan Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) Ikut Ketetapan Kementerian Pendidikan Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...