Judul : Seorang Pelajar Perempuan Maut, Kereta Di Pandu Kakak Terbabas Melanggar Pokok Di Kuantan
link : Seorang Pelajar Perempuan Maut, Kereta Di Pandu Kakak Terbabas Melanggar Pokok Di Kuantan
Seorang Pelajar Perempuan Maut, Kereta Di Pandu Kakak Terbabas Melanggar Pokok Di Kuantan
KUANTAN: Seorang pelajar perempuan maut selepas kereta dinaiki terbabas melanggar pokok di Batu 11, Jalan Kuantan-Maran berhampiran Perumahan Seri Mahkota di sini pada awal pagi Sabtu.
Dalam nahas jam 3.30 pagi itu, mangsa, Siti Noorbaiti Mohd Yusoff, 20, beralamat dari Taman Alamanda, Bandar Baru Bukit Mentok, Kemaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu kereta, Noor Faseha Mohd Yusoff, 25, pula dilaporkan cedera.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Saga BLM dinaiki dua beradik itu dipercayai dalam.perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kemaman.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di bahu jalan.
"Akibat kejadian, mangsa yang berada di kerusi penumpang hadapan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, pemandu kereta yang cedera di hantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan dan dirawat di zon kuning.
"Kemalangan meragut nyawa pelajar perempuan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya. #sumber
Demikianlah Artikel Seorang Pelajar Perempuan Maut, Kereta Di Pandu Kakak Terbabas Melanggar Pokok Di Kuantan
Anda sekarang membaca artikel Seorang Pelajar Perempuan Maut, Kereta Di Pandu Kakak Terbabas Melanggar Pokok Di Kuantan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/07/seorang-pelajar-perempuan-maut-kereta.html
0 Response to "Seorang Pelajar Perempuan Maut, Kereta Di Pandu Kakak Terbabas Melanggar Pokok Di Kuantan"
Catat Ulasan