Loading...

Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Loading...
Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang
link : Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Baca juga


Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

KUANTAN: Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendahului senarai 24 penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang berlangsung di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini pada Selasa.

Tunku Azizah dikurniakan darjah Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia - Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) bersama lagi lapan lagi penerima.

Turut dikurniakan darjah kebesaran SAAS ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tujuh lagi penerima darjah kebesaran SAAS yang membawa gelaran Datuk Seri Setia ialah Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Arif Temenggung, Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Turut tersenarai ialah Tengku Puteri Seri Teja, Datuk Seri Tengku Muhaini Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah; Tengku Puteri Seri Kemala, Tengku Datuk Seri Hajah Aishah; Tengku Puteri Seri Lela Manja, Tengku Datuk Seri Nong Fatimah dan Tengku Puteri Seri Bongsu, Tengku Datuk Sri Shahariah.

Al-Sultan Abdullah juga berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang, kepada paduka adinda Raja Jordan, Putera Ali Al Hussein.

Sementara itu, Al-Sultan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang - Peringkat Utama Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri kepada Penasihat Undang-Undang Pahang, Datuk Saiful Edris Zainuddin; Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Haji Muhamad Norazlan Aris.

Turut menerima darjah kebesaran dan gelaran sama ialah, Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Haji Ahmad Jazlan Yaakub; Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk Dr Alwi Mohamed Yunus; Perunding Kanan Pakar Pembedahan Kardiotorasik dan Vaskular Institut Jantung Negara, Profesor Datuk Dr Mohamed Ezani Md Taib serta Perunding Ancom Nylex Berhad, Datum Ahmad Johari Tun Abdul Razak.

Dua individu menerima darjah kebesaran Seri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Datuk Indera ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar dan Secretary General Higher Committee of Human Fratenity, United Arab Emirates (UAE), Datuk Dr Khalid Ghanim AlGaith.

Dalam pada itu, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Ir Razali Kassim bersama Duta Besar Malaysia Ke Itali, Zahid Rastam dan Pengarah Asian Perlite Industries Sdn Bhd, Lukman Runia Albert dikurniakan darjah kebesaran Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mengakhiri senarai penerima ialah Juruiring kepada Putera Ali Al Hussein, Brigred General (Rtd) Farid Moh’d Ali Hajamat Qat yang dikurniakan darjah kebesaran Setia Al-Sultan Abdullah Pahang (SAS). #sinarharian



Demikianlah Artikel Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang

Sekianlah artikel Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/07/tunku-azizah-dahului-24-penerima-darjah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tunku Azizah Dahului 24 Penerima Darjah Kebesaran Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang"

Catat Ulasan

Loading...