Loading...

Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi?

Loading...
Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi? - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi?
link : Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi?

Baca juga


Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi?

KUANTAN: Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hati ini mempersoalkan kewajaran pihak berkuasa merobohkan pusat pelancongan 'Cameron Santorini' di Cameron Highlands baru-baru ini.

Beliau mempersoalkan, kenapa lokasi terbabit dirobohkan selepas ia disiapkan dan menerima kunjungan sebagai tarikan baharu pelancongan ke kawasan tanah tinggi terbabit.

Operasi perobohan lokasi tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Azmil Hadid Maznan turut disertai Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cameron Highlands pada Isnin.

Hantaran video Shukri di laman TikToknya cmk_shukrieramly1 yang mempersoalkan perkara ini telah mendapat 124 ribu tontonan, 4,271 tanda like, 1,392 komen dan 1,000 yang berkongsikan posting terbabit hari ini.

"Saya mahu bertanya tiga soalan kepada pihak berkuasa, kenapa dirobohkan binaan itu?. Bukankah ia boleh menarik kedatangan pelancong ke Cameron Highlands? dan soalan ketiga kenapa ia baru dirobohkan sedangkan pemiliknya habiskan belanja jutaan ringgit untuk bina struktur tersebut,

"Kenapa pihak berkuasa tidak halang mereka membinanya daripada awal. Kenapa masa dibuat tidak ada seorang pegawai pihak berkuasa yang memantau. Ia bukannya disiapkan dalam masa satu hari?." katanya.

Malah menurut Shukri lagi, Cameron Santorini bukannya disiapkan dalam tempoh sehari dua sebaliknya  memakan masa bertahun lamanya. Maka, tidak mungkin seorang pun pegawai pihak berkuasa tidak tahu dan mengambil tindakan.

"Daripada dirobohkan, lebih baik diberikan lesen pendudukan sementara (TOL). Selagi kerajaan tidak membuat sebarang pembangunan di situ, pemilik membayar lesen TOL dan kerajaan dapat hasil. 

"Lebih elok lagi, kerajaan ambil alih lokasi terbabit. Bukankah ia mendatangkan keuntungan apabila dikunjungi oleh para pelancong dari dalam dan luar negara. Meroboh selepas membiarkan ia dibina sejak sekian lama adalah tindakan tidak wajar. Lainlah stuktur bangunan yang dibina bertujuan untuk peribadi seperti membuat rumah banglo dan sebagainya." kata beliau lagi.

Dalam pada itu, beliau menyokong tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan kerana ia satu kesalahan atas Seksyen 70 (1) iaitu pembinaan tanpa kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

Namun dakwanya, perlu ada budi bicara antara kedua-dua pihak.

"Lagi pun, tidak mungkin Cameron Santorini boleh dibina sesuka hati tanpa ada sokongan daripada orang dalam. Jika tidak bagaimana lokasi terbabit boleh dapat kemudahan air daripada Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan letrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Bukan mudah nak dapat kemudahan air dan letrik jika ia dibina di tanah kerajaan sesuka hati tanpa ada kebenaran yang sah. Sebab itu saya menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat perkara ini. Siasat siapa orang dalam yang mainkan peranan hingga pemilik keluarkan modal besar buat binaan haram atas tanah milik kerajaan.

"Bahkan semua tali barut dan mereka yang bersekongkol dalam hal ini ditangkap dan diambil tindakan kerana ia jelas telah mengadaikan integriti dan menganiaya pihak yang membuat pelaburan atas projek terbabit." dakwanya lagi.

Menurutnya lagi, beliau tidak mahu tindakan dilakukan hanya selepas pihak berkuasa terjaga dari tidur selepas mendapat teguran sola integriti daripada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini. #pahangdaily



Demikianlah Artikel Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi?

Sekianlah artikel Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi? dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/08/kenapakah-pihak-berkuasa-tidak-halang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kenapakah Pihak Berkuasa Tidak Halang Pembinaan 'Cameron Santorini' Sejak Dari Awal Lagi?"

Catat Ulasan

Loading...