Loading...

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin

Loading...
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin
link : Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin

Baca juga


Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin

KUANTAN: Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, Lee Chin Chen menggesa agar gelaran "Tan Sri" yang diberikan kepada bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin ditarik balik.

Menurut Lee, ini kerana kenyataan pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang didakwa memperlekehkan peranan sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dalam pelantikan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15), telah mengelirukan rakyat. .

"Kenyataan terbaru beliau (Muhyiddin) yang mendakwa bahawa kenyataan beliau di ceramah PRK Nenggiri tersebut adalah berasaskan fakta dan beliau tidak bersalah dalam menuduh Agong tidak melantiknya sebagai perdana menteri walaupun kononnya mempunyai majoriti yang mencukupi, adalah satu lagi kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan mengelirukan orang ramai.

"Kenyataan Muhyiddin bukan sahaja mencabar keputusan Agong tetapi juga cuba menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat.

"Gelaran 'Tan Sri' adalah satu penghormatan yang tinggi, dan ia hanya layak diberikan kepada mereka yang benar-benar menjunjung nilai-nilai yang mulia dan menghormati asas-asas kenegaraan kita," kata Lee.

Semasa berucap dalam ceramah PRK Nenggiri, Muhyiddin mempertikaikan alasan dia tidak dijemput oleh Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, meski menurutnya dia mempunyai sokongan yang cukup.

Susulan itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah menggesa polis untuk bertindak tegas terhadap presiden Bersatu itu.

Mengulas lanjut, Lee berkata sebagai pemimpin yang pernah memegang jawatan kanan kerajaan, Muhyiddin harus menunjukkan contoh dan menghormati prinsip perlembagaan.

“Malangnya, beliau memilih untuk menyebarkan maklumat yang salah dan mengelirukan, sekaligus membuktikan bahawa beliau tidak layak memegang gelaran tertinggi negara.

"Tindakan Muhyiddin ini bukan sahaja mencemar institusi diraja tetapi juga berpotensi menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap sistem demokrasi berperlembagaan yang kita amalkan. #malaysiakini



Demikianlah Artikel Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin

Sekianlah artikel Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/08/timbalan-speaker-dewan-undangan-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Gesa Tarik Balik Gelaran 'Tan Sri' Muhyiddin"

Catat Ulasan

Loading...