Loading...

NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands

Loading...
NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands
link : NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands

Baca juga


NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS: Persatuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (REACH) menggesa siasatan menyeluruh dilakukan di lokasi berlakunya tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Kilometer (KM) 67 berhampiran Agro Market di sini pada Sabtu.

Presidennya, A Dilip Martin berkata, cadangan pembangunan Pasar Tani Kekal yang mengandungi 42 lot ruang niaga di lokasi berkenaan dipercayai tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Mengikut Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (RTDCH) 2030, kawasan ini diklasifikasikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 yang mana tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan dibenarkan kecuali untuk aktiviti pelancongan alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan pendidikan.

"Ketinggian cerun melebihi 35 darjah dan kawasan tersebut merupakan zon hutan. Bagaimana projek ini boleh diluluskan?" soalnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, pihak berkuasa tempatan (PBT) seharusnya memperhalusi semua aspek yang dinyatakan dalam RTDCH 2030 tersebut.

"Syarat nyata untuk Lot 15263 adalah tanah ini harus digunakan untuk pejabat operasi dan kuarters dan bukannya untuk ruang niaga.

"Kawasan yang sedang diteroka juga tidak menjalankan mitigasi cerun sehingga berlakunya tanah runtuh hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas selama hampir empat jam," katanya.

Dilip Martin berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepatutnya meneliti dan memberi ulasan untuk menolak projek tersebut kerana ia tidak mematuhi syarat-syarat RTDCH 2030.

Tambah beliau, sikap PBT yang mengambil ringan perkara itu sebelum projek dimulakan akhirnya menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

"Siasatan menyeluruh terhadap projek-projek yang diluluskan ini perlu dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"PBT telah membelanjakan jutaan ringgit untuk menyiapkan dokumen RTDCH 2030 yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri tetapi mereka sendiri tidak mengikutinya.

"Sampai bila kerajaan akan berdiam diri tanpa meningkatkan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS0 di Cameron Highlands. Adakah kerajaan akan bertindak setelah berlakunya kehilangan nyawa," katanya.

Media melaporkan kejadian tanah runtuh sekitar jam 11 pagi itu menyebabkan sebahagian laluan jalan terhalang namun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Sebuah kereta yang diparkir berhampiran rosak akibat dihempap dengan tiang elektrik yang tumbang dalam insiden itu. #SinarHarian



Demikianlah Artikel NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands

Sekianlah artikel NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/ngo-gesa-libatkan-sprm-siasat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "NGO Gesa Libatkan SPRM, Siasat Menyeluruh Terhadap Insiden Tanah Runtuh Cameron Highlands"

Catat Ulasan

Loading...