Loading...

Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing

Loading...
Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing
link : Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing

Baca juga


Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing

KUANTAN: Kegembiraan sekumpulan pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan perkelahan Pasir Puteri, Sungai Lembing di sini hari ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa, Muhammad Amirul Fahmie Saiful,18, dikatakan pergi ke lokasi itu sekitar 8.30 pagi selepas mendaki Bukit Panorama, di sini bersama lima rakannya masing-masing dua lelaki dan tiga wanita.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila Muhammad Amirul Fahmie cuba menyelamat dua rakan wanitanya yang dihanyutkan arus di lokasi kejadian.

"Kedua-dua rakan wanita mangsa berjaya dibawa ke tebing dengan dibantu rakan lelaki, bagaimanapun mangsa didapati hilang dan dikhuatiri lemas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan melibatkan anggota bomba, orang awam dan rakan mangsa.

"Selepas sejam, mangsa ditemukan pada kedalaman 1.5 meter di lokasi berhampiran dia dilihat kali terakhir dan tidak sedarkan diri dipercayai lemas," katanya.

Wan Mohd Zahari berkata petugas kesihatan yang tiba di lokasi mengesahkan Muhammad Amirul Fahmie meninggal dunia pada 12.20 tengah hari dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing

Sekianlah artikel Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/09/pelajar-kolej-universiti-yayasan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pelajar Kolej Universiti Yayasan Pahang Lemas Ketika Cuba Selamatkan Rakan Di Sungai Lembing"

Catat Ulasan

Loading...