Judul : Adam Nor Azlin Bukan Sekadar Benteng, Malah Peledak Buat Sri Pahang FC Dalam Aksi Di Temerloh
link : Adam Nor Azlin Bukan Sekadar Benteng, Malah Peledak Buat Sri Pahang FC Dalam Aksi Di Temerloh
Adam Nor Azlin Bukan Sekadar Benteng, Malah Peledak Buat Sri Pahang FC Dalam Aksi Di Temerloh
KUANTAN: Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin tidak menyangka menjaringkan gol ketika skuad itu seri 1-1 berdepan Kelantan Darul Naim (KDN) FC pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, kelmarin.
Katanya, jaringan berkenaan berkat daripada kerja keras dia bersama rakan sepasukan untuk memastikan sekurang-kurangnya satu mata diraih dalam usaha memperbaiki kedudukan dalam saingan liga.
"Alhamdulillah kerana gol penyamaan itu dapat membantu Sri Pahang beroleh satu mata dan pada masa sama saya tidak sangka dapat melakukannya (jaringan) selepas pasukan ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.
"Namun, perasaan kecewa dan terkilan tidak dapat disembunyikan kerana misi utama pasukan adalah mengutip tiga mata apabila beraksi di laman sendiri.
"Tetapi saya percaya perlawanan akan datang berdepan Kuching City FC pada 2 November ini akan berpihak kepada skuad Tok Gajah.
"Saya juga tidak sangka jaringan itu juga adalah gol kedua saya musim ini selepas menjaringkan gol pertama ketika seri 2-2 ketika menentang Kuching City pada 19 Mei lalu.
"Apa yang pasti dua gol yang dijaringkan ini meningkatkan motivasi dalam usaha membantu pasukan bukan sahaja melakukan jaringan, malah ketika bertahan apabila diasak lawan," kata pemain berusia 28 tahun itu.
Ditanya harapan pada pusingan kedua saingan liga, Adam percaya skuad Tok gajah akan tampil lebih padu terutama mencatat lebih banyak kemenangan berbanding pada pusingan pertama.
Katanya, pada pusingan pertama skuad kendalian Fandi Ahmad itu tidak beraksi pada tahap meyakinkan dalam usaha beroleh kejayaan.
"Prestasi pasukan terumbang ambing pada pusingan pertama tetapi kami akan memastikan Sri Pahang mencipta kemenangan terutama berada dalam kedudukan terbaik liga," katanya.
Selepas 13 perlawanan skuad Tok Gajah berada di kedudukan kelapan liga selepas mengutip 15 mata. #HarianMetro
Demikianlah Artikel Adam Nor Azlin Bukan Sekadar Benteng, Malah Peledak Buat Sri Pahang FC Dalam Aksi Di Temerloh
Anda sekarang membaca artikel Adam Nor Azlin Bukan Sekadar Benteng, Malah Peledak Buat Sri Pahang FC Dalam Aksi Di Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/adam-nor-azlin-bukan-sekadar-benteng.html
0 Response to "Adam Nor Azlin Bukan Sekadar Benteng, Malah Peledak Buat Sri Pahang FC Dalam Aksi Di Temerloh"
Catat Ulasan