Loading...

Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

Loading...
Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0
link : Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

Baca juga


Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa tidak meneruskan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kerana disifatkan bukan satu keperluan mendesak untuk dilaksanakan ketika ini. Chow Hu Yui (PH-Raub) berkata, peruntukan sebanyak RM50 juta untuk menghidupkan semula PLKN menerusi Belanjawan 2025 lebih baik disalurkan kepada sektor-sektor kritikal seperti pendidikan, kesihatan dan pemerkasaan ekonomi rakyat.

Apatah lagi, tambah beliau, keberkesanan program itu sebelum ini yang dimulakan sejak 2004 sebelum dihentikan pada 2018 masih dipersoalkan meskipun sepanjang tempoh tersebut sebanyak RM8.4 bilion telah dibelanjakan.

“Walaupun ada beberapa kajian yang dilakukan, adakah belanja besar yang dikeluarkan untuk program ini sepadan dengan impak positif yang dicapai?

“Ini menimbulkan kebimbangan sama ada PLKN benar-benar memberikan nilai tambah kepada belia atau sekadar menjadi program rutin tanpa perubahan yang signifikan.

“Saya harap kerajaan membuat pertimbangan yang lebih menyeluruh. Adakah benar-benar perlu untuk kita membebankan masyarakat dengan kos yang besar semata-mata untuk memulihkan program yang pernah dilihat gagal dan dihentikan?” soalnya ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Yu Hui turut mempersoalkan berkenaan had umur belia yang berpotensi diserap untuk mengikuti PLKN 3.0 iaitu antara 16 hingga 35 tahun seperti dinyatakan Kementerian Pertahanan.

Ujar beliau, kebanyakan golongan belia di bawah umur 35 tahun berada dalam fasa pengajian malah ada yang sudah menamatkan pengajian di universiti dan bekerja di alam pekerjaan bahkan ada yang sudah berkeluarga.

“Jika sebahagian daripada golongan ini menyertai PLKN, walaupun hanya untuk tempoh dua bulan, ia mungkin memberi kesan besar kepada kehidupan mereka.

“Ketiadaan pendapatan selama dua bulan bermakna tiada gaji untuk tempoh tersebut sedangkan ramai antara mereka perlu menanggung kos kehidupan seperti bayaran pinjaman rumah, kereta dan juga perbelanjaan untuk anak-anak,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan menilai semula keperluan menghidupkan PLKN sebaliknya menumpukan kepada inisiatif-inisiatif yang lebih berkesan dan berimpak tinggi kepada belia dan rakyat keseluruhannya.

“Saya percaya kita semua mahukan yang terbaik untuk generasi akan datang, tetapi biarlah ia dilakukan dengan bijak, berhikmah dan berdasarkan kajian serta keperluan sebenar masyarakat,” katanya. #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0

Sekianlah artikel Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/ahli-parlimen-kerajaan-perpaduan-bantah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan Bantah Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0"

Catat Ulasan

Loading...