Judul : Kelantan Darul Naim (KDN) FC Dan Sri Pahang FC Berkongsi Satu Mata Selepas Seri 1-1 Di Temerloh
link : Kelantan Darul Naim (KDN) FC Dan Sri Pahang FC Berkongsi Satu Mata Selepas Seri 1-1 Di Temerloh
Kelantan Darul Naim (KDN) FC Dan Sri Pahang FC Berkongsi Satu Mata Selepas Seri 1-1 Di Temerloh
TEMERLOH: Kelantan Darul Naim (KDN) FC dan Sri Pahang FC berkongsi satu mata selepas seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi.
Satu gol, masing-masing pada setiap babak menyaksikan KDN selaku tuan rumah di Temerloh terpaksa akur gagal untuk menewaskan skuad Tok Gajah.
Kelmarin, pindaan lokasi perlawanan dipersetujui kedua-dua pasukan kerana Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu masih terbabit dalam kerja naik taraf padang.
KDN, yang jarang melakukan serangan berjaya menjaringkan gol pendahuluan menerusi penyerang import mereka, Washington Brandao pada minit ke-21.
Skuad Tok Gajah terpaksa menunggu hingga minit ke-60 untuk menyamakan kedudukan selepas pemain pertahanan, Adam Nor Azlin menewaskan Mohammad Fitri Che Soh.
Pada minit terakhir, KDN beraksi dengan 10 pemain selepas penyerang import, Layth Kharoub dilayangkan kad merah oleh pengadil, Mohamad Faizudin Ismail selepas mengasari kapten Sri Pahang, Fadhli Shas. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Kelantan Darul Naim (KDN) FC Dan Sri Pahang FC Berkongsi Satu Mata Selepas Seri 1-1 Di Temerloh
Anda sekarang membaca artikel Kelantan Darul Naim (KDN) FC Dan Sri Pahang FC Berkongsi Satu Mata Selepas Seri 1-1 Di Temerloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/kelantan-darul-naim-kdn-fc-dan-sri.html
0 Response to "Kelantan Darul Naim (KDN) FC Dan Sri Pahang FC Berkongsi Satu Mata Selepas Seri 1-1 Di Temerloh"
Catat Ulasan