Loading...

Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang

Loading...
Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang
link : Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang

Baca juga


Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang

KUALA LUMPUR: Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu.

Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story pada Jumaat menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.

"Dia (mangsa) ialah rakyat beta. Berikan dia keadilan sekarang," tulis Tengku Hassanal dalam kemas kini tersebut.

Tengku Hassanal bertitah, mereka yang memperjuangkan keadilan akan sentiasa menghadapi tentangan daripada pihak yang melakukan ketidakadilan.

"Akhirnya, mereka yang berdiri di pihak kebenaran akan sentiasa menang, manakala mereka yang berada di pihak yang salah akan jatuh," titah baginda.

Sebelum ini, Tengku Hassanal menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Abdulaziz menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana pihak agar keadilan dapat ditegakkan.

Ia susulan laporan media bahawa seorang pekerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja dan beberapa individu menggunakan senjata tajam dan pistol.

Pada Khamis, sebuah portal melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Alias Awang, 44 tahun, kecewa kerana belum ada tindakan daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang

Sekianlah artikel Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/10/tengku-hassanal-titah-beri-keadilan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Tengku Hassanal Titah Beri Keadilan Segera Kepada Mangsa Serangan Kerabat DiRaja Pahang"

Catat Ulasan

Loading...