Loading...

Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura

Loading...
Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura
link : Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura

Baca juga


Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang meneliti untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Andansura Rabu yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah yang dimeterai antara Pasdec Holdings Berhad (PASDEC) dengan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd (PETROLUXE), 13 November lalu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Penasihat Undang-Undang Negeri telah diminta untuk meneliti perkara itu sekiranya terdapat sebarang unsur fitnah, menghasut serta menimbulkan sangkaan jahat terhadap kerajaan negeri.

Menurutnya, perjanjian jual beli yang dimeterai antara PASDEC dengan PETROLUXE untuk tanah seluas 23.96 hektar di Gebeng melibatkan tanah pajakan 99 tahun untuk kegunaan industri.

"Sebagai pemaju hartanah, PASDEC membangunkan bank tanah yang dimiliki sama ada secara sendiri, melalui usaha sama atau penjualan kepada pihak yang akan memajukan projek tertentu dan ianya merupakan urusniaga biasa bagi syarikat terbabit.

"PETROLUXE pula akan membangunkan sebuah kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia yang melibatkan pelaburan berjumlah kira-kira RM3 bilion di atas tanah tersebut.

"Sebagai pelabur, PETROLUXE semestinya memerlukan jaminan guna pakai tapak loji penapisan tersebut secara berterusan dengan membeli tanah tanpa perlu menyewa untuk jangka masa yang terhad," katanya melalui kenyataan pada Sabtu.

Wan Rosdy berkata, menerusi perjanjian tersebut, PASDEC akan memperoleh kira-kira dua peratus ekuiti dalam syarikat usaha sama itu dan tidak munasabah sekiranya PASDEC mempermodalkan tanah tersebut," katanya melalui kenyataan pada Sabtu bagi menjelaskan berhubung kenyataan Andansura yang didakwa cuba menimbulkan persepsi mengenai perjanjian jual beli tanah tersebut.

Wan Rosdy berkata, melalui hasil jualan tanah tersebut, PASDEC boleh mempercepatkan pembinaan projek-projek perumahan dan komersial yang sudah dalam perancangan.

"Projek-projek itu akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Pahang memiliki kediaman selesa pada harga yang berpatutan," katanya.

Jelas beliau lagi, Petroluxe adalah syarikat tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan pemegang saham majoritinya, Unigrand Petroluxe Sdn Bhd justeru tidak wujud isu pemilikan syarikat asing secara terus seperti didakwa.

"Syarikat itu juga sudah memperoleh kelulusan secara dasar daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk mendirikan sebuah loji penapisan.

"Pelaburan itu bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi

Negeri Pahang termasuk mewujudkan peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan, limpahan peluang perniagaan dan percambahan ekonomi hiliran," ujarnya.

Sementara itu, dalam kenyataan tersebut, Wan Rosdy turut menjelaskan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hanya untuk menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut.

"Saya berharap rakyat tidak terkeliru dengan permainan persepsi yang cuba ditimbulkan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu seolah-olah Pasdec sewenang-wenangnya menjual tanah kepada pihak luar tanpa ada perancangan jangka masa panjang," ujarnya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura

Sekianlah artikel Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/isu-jual-tanah-di-gebeng-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Jual Tanah Di Gebeng, Kerajaan Pahang Teliti Tindakan Undang-Undang Terhadap Andansura"

Catat Ulasan

Loading...