Loading...

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas

Loading...
Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas
link : Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas

Baca juga


Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas

LIPIS: Kerajaan Pahang meningkatkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Siswa kepada RM14.18 juta pada tahun ini berbanding RM8 juta tahun lepas bagi meringankan dan membantu menampung kos perbelanjaan mahasiswa di institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan berkenaan diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada IPT Awam, Politeknik, kolej komuniti dan IPT Swasta milik kerajaan negeri. 

“(Dengan peningkatan itu) sumbangan kepada mahasiswa juga meningkat daripada RM300 kepada RM400 bagi setiap mahasiswa. Setakat November 2024, lebih 16,000 mahasiswa menerima BPP melalui agihan di universiti dan Dewan Negeri.

“Sehubungan itu, kerajaan negeri telah membelanjakan lebih kurang RM6 juta untuk sumbangan kepada mahasiswa sehingga bulan ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian BPP Kluster Pertanian, Veterinar dan Perikanan serta Kluster Siswa Tahun 2024 di sini hari ini.

Beliau berkata BPP yang merangkumi dua kluster iaitu Kluster Pertanian, Veterinar dan Perikanan serta Kluster Siswa adalah inisiatif kerajaan negeri yang diperkenalkan sejak 2020 dan diteruskan sehingga kini, telah memberi banyak manfaat kepada penduduk Pahang. 

Wan Rosdy berkata kerajaan negeri sehingga 2024 telah membelanjakan RM141.78 juta bagi pelaksanaan pelbagai program di bawah inisiatif BPP, dan jelas menunjukkan tahap kewangan kerajaan Pahang berada dalam keadaan kukuh apabila mampu meneruskan bantuan berkenaan. 

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan Orang Asli untuk mendapat hak pendidikan sepertimana kaum lain, bahkan mereka turut diberi peluang yang sama rata termasuk dalam bidang robotik untuk bersaing di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. 

Ini terbukti dengan sejarah yang dicipta dua tahun berturut-turut oleh pelajar Pahang yang mewakili Malaysia ke Pertandingan MakeX Malaysia Robotics Antarabangsa di China iaitu Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang pada 2023 dan Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia tahun ini.

Dalam pada itu, bengkel asas Kokurikulum Pendidikan Robotik bagi 33 Sekolah Murid Orang Asli (SMOA) negeri Pahang juga telah diadakan pada 2 hingga 4 Okt lepas di Sekolah Kebangsaan Sungai Koyan, Lipis,” katanya. #Bernama



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/kerajaan-pahang-tingkatkan-bantuan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas"

Catat Ulasan

Loading...