Loading...

Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China

Loading...
Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China
link : Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China

Baca juga


Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China

KUANTAN: Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) menyasarkan memperoleh pendapatan sebanyak RM73.4 juta menerusi perjanjian jual beli tanah industri seluas 23.96 hektar di Harbour Park, Gebeng di sini.

Tanah industri berkenaan dijual kepada syarikat dari China yang merancang mendirikan sebuah kompleks bersepadu loji penapisan minyak dan petrokimia.

Pengerusinya, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim (B), berkata kompleks itu akan dibangunkan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd (PETROLUXE) dan apabila beroperasi kelak, ia akan menghasilkan produk seperti nafta petroleum, petrol dan gas petroleum cecair.

Katanya, Petroluxe yang dimiliki oleh pelabur China ini merancang untuk membuat pelaburan kira-kira RM3 bilion bagi membina kompleks di atas tanah itu.

"Saya percaya pelaburan daripada PETROLUXE ini bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri Pahang serta kesan ekonomi berganda selain kemampanan dengan mewujudkan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat tempatan.

"Di samping itu, limpahan peluang perniagaan serta percambahan ekonomi hiliran dalam sektor yang berkaitan dengan kejuruteraan dan ekosistem perkhidmatan sokongan juga akan memberikan kelestarian kepada ekonomi secara mampan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah Di Antara Pasdec Corporation dengan Petroluxe Refinery (M) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat mencemar duli bagi menyaksikan majlis berkenaan sebagai tanda kerjasama signifikan di antara PASDEC dengan PETROLUXE.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, Zulkiple berkata keputusan PETROLUXE untuk melabur di negeri ini mencerminkan keyakinan pelabur China terhadap negeri Pahang sebagai destinasi pelaburan yang kondusif dan berdaya maju.

Sementara itu, Pengarah PETROLUXE, Wang Zucheng, berkata projek pembinaan kompleks ini juga dilihat menjadi titik tolak dalam pembangunan infrastruktur dan teknologi berkaitan tenaga di Pahang selain menjadikan negeri ini sebagai antara hab industri tenaga yang penting di rantau ini.

"Kerjasama di antara PASDEC dengan PETROLUXE ini adalah lambang komitmen kedua-dua pihak untuk berganding bahu membangunkan industri yang mampan selaras dengan visi kerajaan negeri untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan berdaya tahan," katanya yang berucap dalam bahasa Mandarin yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China

Sekianlah artikel Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/pasdec-holdings-bhd-pasdec-jual-tanah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasdec Holdings Bhd (PASDEC) Jual Tanah 23.96 Hektar Di Gebeng Kepada Syarikat Dari Negara China"

Catat Ulasan

Loading...