Loading...

Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

Loading...
Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh
link : Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

Baca juga


Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

KUALA LUMPUR: Penilaian Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) terhadap prestasi Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun memerintah negara dilihat terlalu sempit dan tidak menyeluruh.

Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin, berkata walaupun analisis BERSIH terhadap beberapa aspek seperti reformasi pilihan raya dan pemansuhan beberapa undang-undang tertentu wajar diberi perhatian dan terdapat banyak isu struktur negara yang lebih kritikal tidak dimasukkan dalam penilaian mereka.

"Adakah hanya isu-isu ini menjadi punca masalah struktur negara? Bagaimana pula dengan reformasi fiskal, reformasi perkhidmatan awam dan hubungan antarabangsa? Senarai ini sebenarnya jauh lebih panjang.

"Kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membuat keputusan berani dengan memberi keutamaan kepada reformasi penting yang lebih besar impaknya terhadap negara, namun usaha itu tidak diambil kira dalam penilaian BERSIH," katanya dalam satu kenyataan.

Rizal berkata, rakyat diingatkan mengenai kesan kewangan besar yang diwarisi daripada skandal 1MDB serta kelembapan ekonomi akibat pandemik COVID-19.

"Dengan hutang terkumpul negara mencecah lebih RM1.2 trilion dan defisit belanjawan tahunan sekitar lima peratus, kerajaan telah melaksanakan langkah reformasi fiskal yang menyeluruh untuk memulihkan kewangan negara.

"Inisiatif seperti memperluaskan sumber pendapatan kerajaan, menambah baik proses perolehan dan mengurangkan defisit belanjawan secara beransur-ansur telah berjaya mengembalikan keyakinan pasaran sehingga penarafan kredit negara dinaikkan kepada A- oleh S&P dan BBB+ oleh Fitch Ratings. Tetapi, mengapa kejayaan ini tidak diambil kira oleh BERSIH?", katanya.

Tambah beliau, kerajaan turut memberikan fokus kepada reformasi sosial untuk menangani ketidaksamarataan pendapatan membabitkan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah yang telah ditingkatkan secara signifikan sejak 2022.

"Inisiatif untuk menamatkan kemiskinan tegar menerusi bantuan tunai langsung, kenaikan gaji 15 peratus untuk penjawat awam serta subsidi bahan api bersasar adalah bukti komitmen kerajaan terhadap kebajikan rakyat. Tetapi, mengapa usaha ini juga tidak diambil kira.

"BERSIH digesa untuk memberikan penjelasan terhadap keutamaan reformasi yang diambil kira dalam kad laporan mereka.

"Adakah semua inisiatif reformasi yang saya sebutkan itu kurang penting berbanding yang diketengahkan BERSIH.

"Jika mereka perlu mengutamakan reformasi dalam tempoh masa tertentu, yang manakah akan BERSIH laksanakan dahulu? Jika reformasi itu dimasukkan, apakah markah Kerajaan Perpaduan masih kekal di tahap 'D'?" katanya.

Katanya, adalah penting untuk menilai prestasi kerajaan secara adil dan menyeluruh agar ia mencerminkan realiti sebenar usaha yang telah dilaksanakan.

Semalam, BERSIH memberi gred D iaitu 45.8 peratus kepada Kerajaan Perpaduan sepanjang dua tahun mentadbir negara.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Beliau berkata, BERSIH ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi kesemua agenda reformasi. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh

Sekianlah artikel Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/rizal-jamin-penilaian-bersih-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Rizal Jamin: Penilaian BERSIH Terhadap Kerajaan Perpaduan Terlalu Sempit Dan Tidak Menyeluruh"

Catat Ulasan

Loading...