Judul : Seorang Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Dilaporkan Telah Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Maran
link : Seorang Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Dilaporkan Telah Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Maran
Seorang Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Dilaporkan Telah Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Maran
MARAN: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang beralamat di Kampung Paya Chedung, di sini, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kehilangan Ummul Ayuni Atiqah Mohd Khamis.
Ketika kali terakhir dilihat, beliau berkata, remaja atau orang hilang (OH) itu dilaporkan memakai baju kemeja lengan pendek dengan corak petak-petak berwarna hitam-putih, seluar slack hitam, tudung hitam dan sandal hitam.
"Ciri fizikal OH itu ialah berambut hitam paras bahu, berbadan sederhana, tinggi kira-kira 150 sentimeter dan ada tanda pengecaman berupa tahi lalat di bahagian pipi kiri," katanya.
Susulan itu, beliau berkata, pihak polis telah melakukan pencarian di Maran, Sri Jaya, Chenor, Pekan Awah, Bandar Jengka dan Sungai Jerik tetapi remaja terbabit belum dijumpai, setakat ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran melalui nombor 09-4771222 atau mana-mana balai polis terdekat. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Seorang Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Dilaporkan Telah Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Maran
Anda sekarang membaca artikel Seorang Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Dilaporkan Telah Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Maran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/seorang-remaja-perempuan-berusia-15.html
0 Response to "Seorang Remaja Perempuan Berusia 15 Tahun Dilaporkan Telah Hilang Sejak Sabtu Lalu Di Maran"
Catat Ulasan