Judul : Stadium Darul Makmur Dijangka Akan Beroperasi Sepenuhnya Pada Bulan Mac Tahun Depan
link : Stadium Darul Makmur Dijangka Akan Beroperasi Sepenuhnya Pada Bulan Mac Tahun Depan
Stadium Darul Makmur Dijangka Akan Beroperasi Sepenuhnya Pada Bulan Mac Tahun Depan
KUANTAN: Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata penanaman rumput yang dibawa khas dari Jepun itu bermula Rabu lepas mempunyai ketahanan lebih tinggi serta tahan lasak berbanding jenis sebelum ini.
"Rumput jenis ini merupakan yang pertama ditanam di Malaysia, ia lebih lasak, lebih hijau pekat serta tumbuh lebih rapat dan ia juga mampu menyerap lebih air berbanding rumput jenis lain," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek naik taraf padang dan rumput di stadium itu hari ini.
Bagaimanapun, Fadzli berkata kerja menaik taraf stadium berusia lebih lima dekad itu masih memerlukan peruntukan besar bagi pembaikan bumbung dan penukaran lampu limpah membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM7 juta.
"Kos penukaran lampu limpah stadium sahaja melibatkan RM3.3 juta dan selebihnya kos penukaran bumbung serta sebahagian bangku yang perlu ditukar," katanya sambil menambah perkara itu telah dibincangkan dengan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh. #AstroAwani
Demikianlah Artikel Stadium Darul Makmur Dijangka Akan Beroperasi Sepenuhnya Pada Bulan Mac Tahun Depan
Anda sekarang membaca artikel Stadium Darul Makmur Dijangka Akan Beroperasi Sepenuhnya Pada Bulan Mac Tahun Depan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/11/stadium-darul-makmur-dijangka-akan.html
0 Response to "Stadium Darul Makmur Dijangka Akan Beroperasi Sepenuhnya Pada Bulan Mac Tahun Depan"
Catat Ulasan