Loading...

Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah

Loading...
Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah
link : Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah

Baca juga


Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah

KUANTAN: Hukuman sebat di khalayak ramai, sebagai langkah menegakkan undang-undang, bertujuan mencetuskan rasa hormat dan gerun dalam kalangan masyarakat agar menjauhi kesalahan jenayah.

Mufti Pahang, Datuk Profesor Dr. Asmadi Mohamed Naim menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman ini bukan bertujuan mengaibkan pesalah, sebaliknya menjadi instrumen pendidikan masyarakat yang sejajar dengan syarak.

“Hukuman kesalahan jenayah di Malaysia, kesemuanya berbentuk takzir.

“Sebagai hukuman berbentuk takzir, pelaksanaannya bergantung kepada kebijaksanaan pihak pemerintah, sama ada dilakukan secara tertutup atau terbuka. 

“Dalam konteks Terengganu, pelaksanaan ini telah melalui kajian mendalam, disokong oleh pandangan Jawatankuasa Fatwa Terengganu, kelulusan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan perkenan Tuanku Sultan Terengganu,” katanya kepada pemberita, semalam.

Pada 27 Disember lalu, sejarah tercipta apabila Mohd Affendi Awang, 42, menjadi individu pertama menjalani hukuman sebat terbuka di Terengganu. 

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikenakan. 

Hukuman sebat itu dilaksanakan di luar penjara kerana ia merupakan kesalahan kali ketiga yang dilakukan oleh lelaki tersebut.

Hukuman itu dilaksanakan selepas tertuduh mengaku bersalah atas kesalahan khalwat berulang mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.

Pelaksanaan hukuman enam sebatan terbuka itu dilakukan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah pada hari Jumaat, dengan tertib dan penuh disiplin oleh Pegawai Penjara Marang dalam tempoh hanya dua minit.

Asmadi memuji langkah kerajaan Terengganu yang melaksanakan keputusan ini secara profesional dan teliti. 

“Hukuman ini mencerminkan kesungguhan pihak berkuasa dalam menegakkan undang-undang syariah serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya menjaga maruah dan etika sosial.

“Hukuman ini tidak hanya untuk pesalah tetapi memberi mesej tegas kepada masyarakat umum. 

“Dengan pelaksanaan yang tertib dan adil, ia menekankan keadilan Islam dalam mencegah jenayah dan memelihara keharmonian,” jelasnya. #TRDImy



Demikianlah Artikel Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah

Sekianlah artikel Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/hukuman-sebat-di-khalayak-ramai-mufti.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hukuman Sebat Di Khalayak Ramai, Mufti Pahang Puji Terengganu Dan Anggap Langkah Tegakkan Syariah"

Catat Ulasan

Loading...