Judul : Istana Pahang Menafikan Hantaran Tular Berhubung Dengan Istiadat Perkahwinan Tengku Hassanal
link : Istana Pahang Menafikan Hantaran Tular Berhubung Dengan Istiadat Perkahwinan Tengku Hassanal
Istana Pahang Menafikan Hantaran Tular Berhubung Dengan Istiadat Perkahwinan Tengku Hassanal
KUANTAN: Istana Pahang menafikan hantaran tular berhubung perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dengan seorang wanita yang kononnya akan berlangsung April depan.
Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mohamed Zahari Yahya, berkata hantaran yang dimuat naik pengguna Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_l) itu menyaksikan wanita berkenaan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.
“Menurut hantaran pada cerita Instagram berkenaan, wanita tersebut mendakwa akan melangsungkan perkahwinan pada April tahun depan dan secara fitnah menyebut nama Tengku Mahkota Pahang sebagai pasangannya.
“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain portal rasmi Istana Pahang, iaitu istanapahang.my,” katanya dalam kenyataan.
Selain portal itu, beliau berkata, orang ramai boleh merujuk platform media sosial seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube yang hanya menggunakan nama akaun “Kesultanan Pahang”.
“Tindakan tegas boleh diambil terhadap individu tersebut atau mana-mana pihak dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian, khususnya Istana Pahang.” #FreeMalaysiaToday
Demikianlah Artikel Istana Pahang Menafikan Hantaran Tular Berhubung Dengan Istiadat Perkahwinan Tengku Hassanal
Anda sekarang membaca artikel Istana Pahang Menafikan Hantaran Tular Berhubung Dengan Istiadat Perkahwinan Tengku Hassanal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/istana-pahang-menafikan-hantaran-tular.html
0 Response to "Istana Pahang Menafikan Hantaran Tular Berhubung Dengan Istiadat Perkahwinan Tengku Hassanal"
Catat Ulasan