Loading...

Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

Loading...
Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini
link : Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

Baca juga


Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

KUANTAN: Keluasan tanah rizab Melayu semasa di Pahang ialah 444,074 hektar, 12.34 peratus daripada keluasan negeri ini iaitu lebih 3,597,206 hektar, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau memaklumkan jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun 1955 yang merekodkan sebanyak 218,326 hektar iaitu hanya enam peratus daripada keluasan Pahang. 

"Justeru, tanah rizab Melayu dilihat menunjukkan peningkatan daripada tahun sebelum merdeka dan masa kini," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di Kuantan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohd Fadzli Mohd Ramly (ADUN Lantikan) yang ingin tahu sama ada tanah rezab Melayu yang diperuntukan sejak merdeka bertambah atau berkurang. 

Menjawab soalan tambahan Mohd Fadzli yang bertanyakan sama ada kerajaan negeri bercadang menjadikan tanah baharu yang diberikan milik status pajakan mukim sebagai tanah rizab Melayu, Wan Rosdy berkata pihaknya sedia mengkaji perkara berkenaan. 

"Satu cadangan yang baik, memang usaha kerajaan negeri daripada dulu sampai sekarang mana-mana yang boleh kita rizab sebagai tanah Melayu kita akan buat namun tidak sewenang-wenang kita lakukan.

"Sekiranya ada peluang dan mendapat nasihat serta pandangan pejabat pengarah tanah dan galian (PTG) dan penasihat undang-undang kita akan tukar sebagai tanah rizab Melayu," kata Menteri Besar.

Beliau memaklumkan dasar semasa kerajaan untuk menambah keluasan tanah rizab Melayu adalah menerusi pewartaan semua skim tanah rakyat sebagai tanah rizab Melayu. #Malaysiakini



Demikianlah Artikel Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini

Sekianlah artikel Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/keluasan-tanah-rizab-melayu-di-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Keluasan Tanah Rizab Melayu Di Pahang Ialah 444,074 Hektar, 12.34 Peratus Daripada Keluasan Negeri Ini"

Catat Ulasan

Loading...