Loading...

Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Loading...
Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia
link : Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Baca juga


Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia

PETALING JAYA: Juara 33 kali, Selangor FC gagal meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia selepas tumbang 2-1 di tangan Sri Pahang FC pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

Kekalahan 3-2 secara agregat itu menyaksikan pengendali baharu, Katsuhito Kinoshi kini tewas dua aksi berturut-turut selepas tumbang 2-1 di tangan Muangthong United pada aksi Liga Juara-Juara Asia 2, Khamis lalu.

Keputusan itu membolehkan skuad Tok Gajah menempah tiket bertemu Perak FC pada suku akhir.

Tuan rumah tampak sedikit mendominasi permainan dan mereka melontar amaran seawal minit ketiga menerusi percubaan Alvin Fortes yang diselamatkan Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Namun, Sri Pahang yang lebih banyak menyerap asakan berjaya mendahului menerusi percubaan pertama mereka selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 susulan tindakan Harith Haiqal menolak Mykola Ahapov.

Sepakan penalti diberikan selepas pengadil Mohamad Kamil Zakaria Ismail menyemak semula insiden itu menerusi monitor VAR dan ia disempurnakan Manuel Hidalgo untuk gol pertama pelawat.

Mohamad Azim Al Amin memastikan gawang Selangor tidak bolos kali kedua apabila tangkas menafikan percubaan Hidalgo yang berjaya memecah masuk ke dalam kotak penalti mereka pada minit ke-33.

Selepas rehat, Selangor sempat bergembira seketika pada minit ke-64 selepas Ali Olwan meledak gol penyamaan namun sayangnya jaringan itu dibatalkan susulan ofsaid selepas Mohamad Kamil menyemak semula VAR.

Gol penyamaan sebenar akhirnya muncul juga pada minit ke-76 selepas Safuwan Baharudin melonjak tinggi untuk menyudahkan hantaran lintang Fortes sekali gus menyamakan agregat 2-2.

Kegembiraan tuan rumah bagaimanapun hanya bertahan lima minit apabila Sri Pahang sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti dan Sergio Aguero tidak mensia-siakan peluang itu untuk meledak gol kemenangan. #BeritaHarian



Demikianlah Artikel Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia

Sekianlah artikel Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/selangor-fc-tumbang-sri-pahang-fc.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Selangor FC Tumbang, Sri Pahang FC Menang Agregat 3-2 Dan Mara Ke Suku Akhir Piala Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...