Loading...

Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah

Loading...
Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah
link : Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah

Baca juga


Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah

KUANTAN: Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana (PKKI) Pahang ditubuhkan sebagai langkah untuk melindungi keselamatan istana dan memastikan kelestarian warisan bersejarah dipelihara dengan baik.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ts Nor Hisham Mohammad berkata, PKKI berperanan sebagai pasukan tindak balas awal untuk menangani insiden kecemasan di istana sebelum bantuan bomba tiba.

Menurutnya, penubuhan PKKI adalah idea Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dan ia amat penting kerana institusi diraja, terutama istana menyimpan pelbagai bahan bersejarah.

"Kebanyakan istana menyimpan barang-barang bersejarah dan ia menjadi pemilikan di istana yang mana apabila berlaku kebakaran (khazanah ini) tidak dapat diganti.

"Kita hilang nilai sejarah, (contohnya) kalau saya ambil mudah (seperti) lukisan-lukisan tuanku (Sultan) yang terdahulu, susur galur atau hierarki keturunan, semua itu tiada di tempat lain, memang simpan di dalam istana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran PKKI Pahang di Ibu Pejabat JBPM Pahang di Indera Mahkota di sini pada Sabtu.

Majlis pelancaran PPKI telah disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah.

Ketibaan baginda disambut Nor Hisham, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob dan Pengarah JBPM Pahang, Datuk Ir Ts Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Seramai 48 kakitangan Istana Negeri Pahang dilantik menjadi ahli PKKI dengan mendapat modul latihan asas kebombaan daripada JBPM Pahang.

Nor Hisham berkata, mereka menerima latihan intensif daripada JBPM, termasuk kemahiran dalam pengendalian kebakaran, rawatan asas pernafasan, pengurusan mangsa kecemasan dan pengendalian binatang liar.

Jelasnya, pendedahan itu diberikan bagi membolehkan tindakan segera diambil, sekali gus membantu mengurangkan kerugian jika berlaku kebakaran.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah dalam titah baginda turut menzahirkan penghargaan kepada pihak bomba kerana sentiasa bersedia membantu masyarakat dalam setiap tragedi mahupun permasalahan yang memerlukan khidmat bakti mereka.

Baginda juga berharap agar penubuhan PKKI itu dapat melatih kakitangan dan keluarga di istana untuk turut bersedia menghadapi sebarang tragedi dan juga membantu orang lain yang memerlukan.

Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan pelancaran Plak Menghapus Bahaya sebelum menyaksikan demonstrasi yang diadakan oleh PKKI dengan kerjasama pasukan bomba. #SinarHarian




Demikianlah Artikel Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah

Sekianlah artikel Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/sultan-pahang-lancar-pasukan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Lancar Pasukan Keselamatan Kebakaran Istana, Pastikan Kelestarian Warisan Bersejarah"

Catat Ulasan

Loading...