Judul : Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin, Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon MB Pahang
link : Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin, Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon MB Pahang
Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin, Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon MB Pahang
KUANTAN: Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man beranggapan kenyataan dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai parti Bersatu menyasarkan jawatan Menteri Besar Pahang pada pilihan raya umum akan datang adalah terlalu awal.
Walaupun PAS bersikap terbuka dalam hal berkenaan, namun, katanya, cadangan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu masih terbuka untuk dibincangkan.
"Kita terbuka... ini tidak ada isu dan sebagai pembangkang kita bergerak atas Perikatan Nasional (PN).
". .. apa-apa pun kita bincang melalui rundingan (dan) perancangan... apa-apa pun yang penting kita menang dulu... bincang gerak kerja untuk menang dulu baru kita fikir siapa (Menteri Besar).
"Ini duduk bahas untung siapa nak bagi, lembu kambing pun tak bela lagi... jadi saya fikir perkasakan parti... perkara itu kita boleh bincang (kemudian), dalam PN apa-apa keputusan kita bincang bersama," katanya dalam sidang media di Kuantan, Pahang hari ini.
Tuan Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka sebelum ini menyertai perbahasan Belanjawan Pahang 2025 pada sidang DUN Pahang yang berlangsung sejak Jumaat lalu di Wisma Sri Pahang, dekat sini.
Muhyiddin ketika sidang media sempena Perhimpunan Agung BERSATU di Shah Alam, Selangor Sabtu lalu berkata, parti itu pada masa ini menyasarkan jawatan Menteri Besar Pahang, Perak dan Selangor jika PN berjaya merampas negeri-negeri itu pada PRU akan datang.
Dia yang juga pengerusi PN berkata demikian ketika menjawab soalan berkenan kedudukan Bersatu bersama-sama PAS yang pada masa ini mengetuai pentadbiran di empat negeri, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
PAS menerajui keempat-empat negeri pembangkang, dengan tiada satu pun jawatan menteri besar daripada Bersatu.
PAS kini memiliki bilangan kerusi yang lebih besar berbanding rakan gabungannya di parlimen.#Malaysiakini
Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin, Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon MB Pahang
Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin, Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon MB Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/tuan-ibrahim-tempelak-kenyataan.html
0 Response to "Tuan Ibrahim Tempelak Kenyataan Muhyiddin, Biar Menang Dulu Baru Bincang Soal Calon MB Pahang"
Catat Ulasan