Loading...

Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan

Loading...
Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan
link : Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan

Baca juga


Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan

KUALA LUMPUR: Bekas ahli politik yang kembali semula dalam bidang itu dan menyertai parti lain bukan perkara mengejutkan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lebih-lebih lagi jika individu itu pernah melompat parti sebelum ini.

"Saya rasa bukan sesuatu yang pelik sebab bekas Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin daripada UMNO dia pergi Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kemudian pergi ke Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jadi, tiada apa-apa kejutan.

"Kalau dia sebelum ini belum pernah melompat ke parti lain, ia mungkin satu kejutan buat kita. Tapi, sebab dia pernah melompat ke parti Bersatu dan kemudian ke PKR. Ini perkara biasa bagi dia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Hi-Tea Program Jaminan Kerjaya Empowering De'Tea Logue, di Pusat Konvensyen Sime Darby (SICC), di sini pada Isnin.

Wan Rosdy yang juga merupakan Naib Presiden UMNO berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan Zahidi yang kembali semula dalam arena politik selepas hampir dua tahun menyepi dan kini bersama PKR.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya gabungan parti yang sudah berusia 50 tahun perlu melepaskan ego demi mencapai kepentingan politik negara, Wan Rosdy berkata, parti perlu mencipta perubahan supaya sentiasa kelihatan releven.

"Parti kita kena nampak selalu relevan. Kita perlu mencipta perubahan supaya nampak releven dan kewujudan kita diterima oleh masyarakat," ujarnya.

Pada sambutan Jubli Emas Barisan Nasional (BN) kelmarin, Zahid mahu gabungan itu melepaskan ego demi kepentingan politik negara, menekankan bahawa BN mesti bersedia mencipta perubahan yang melangkaui kepentingan parti dalam mengatur agenda politik.

Presiden UMNO itu juga menggariskan tiga kerangka yang perlu dirungkai bersama untuk BN bergerak ke hadapan iaitu penjenamaan semula yang mesti mencerminkan transformasi selari dengan cabaran semasa melalui pendekatan proaktif, inklusif dan inovatif. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2024/12/wan-rosdy-bekas-ahli-politik-yang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Rosdy: Bekas Ahli Politik Yang Kembali Semula Dan Menyertai Parti Lain Bukan Perkara Mengejutkan"

Catat Ulasan

Loading...