Loading...

MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis

Loading...
MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis
link : MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis

Baca juga


MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini sehingga 13 Januari depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, memaklumkan, ramalan itu dibuat berdasarkan analisis model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara dalam tempoh berkenaan.

“Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut. Berikutan daripada luruan monsun kuat ini juga, perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.

“Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut. Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja dapatan model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan tinggi.

“Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

“Ia boleh dibuat melalui medium sebaran rasmi iaitu laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia. Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. #Kosmo!



Demikianlah Artikel MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis

Sekianlah artikel MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/01/metmalaysia-amaran-hujan-sangat-lebat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MetMalaysia: Amaran Hujan Sangat Lebat Di Johor, Pahang, Terengganu Dan Kelantan Bermula Khamis"

Catat Ulasan

Loading...