Loading...

Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC

Loading...
Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC
link : Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC

Baca juga


Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC

TEMERLOH: Pengendali Sri Pahang FC, Fandi Ahmad mengakui beraksi 10 pemain selepas ketinggalan 2-0 menyukarkan skuad itu untuk menyekat Terengganu FC (TFC) yang menewaskan mereka 5-1 pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, malam tadi.

Legenda bola sepak Singapura itu berkata, kekalahan itu juga berpunca daripada kesilapan sendiri apabila memberikan tiga daripada lima jaringan mudah kepada lawan, sekali gus memberi tekanan kepada pasukan.

"Pada perlawanan ini (malam tadi) pemain banyak melakukan kesilapan terutama pada babak pertama termasuk kehilangan seorang pemain.

"Jentera pertahanan terlalu cepat berada di dalam kotak penalti hingga membenarkan pemain tengah Terengganu menguasai bola yang membolehkan mereka melakukan jaringan.

"Bagi saya permainan Sri Pahang tidak seperti yang dipersembahkan sebelum ini dan selayaknya Terengganu beroleh kemenangan," kata pengendali berusia 62 tahun itu.

Fandi berkata, skuad itu cuba melakukan kebangkitan dan memiliki sekurang-kurangnya empat peluang untuk menghasilkan gol tetapi diselamatkan penjaga gol, Syed Muhammad Nasrulhaq Syed Bidin pada babak kedua.

Katanya, kekalahan itu seharusnya dijadikan pengajaran dan mengharapkan anak buahnya melakukan kebangkitan untuk baki perlawanan dalam saingan liga selepas ini.

"Bukan hari Sri Pahang kerana bermain di bawah prestasi sebenar dan mudah-mudahan kita berusaha lebih baik untuk memperbaiki kedudukan dalam liga," katanya.

Pada perlawanan itu, gol gol Sri Pahang dijaringkan pemain naturalisasi, Sergio Aguero pada minit ke-39.

Beraksi dengan 10 pemain sepanjang baki 62 minit perlawanan menambah kesukaran selepas pemain pertahanan, Aleksandar Cvetkovic dilayangkan kad merah kerana mengasari Akhyar Rashid pada babak pertama.

Lima gol TFC, masing-masing satu dijaringkan oleh Akhyar Rashid seawal minit kedua, Safawi Rasid (m-20), Muhammad Safwan Mazlan (m-28), Ismaheel Akinade (m-59) dan Manuel Ott (m-89). #BHARIAN



Demikianlah Artikel Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC

Sekianlah artikel Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/fandi-sifatkan-kekalahan-5-1-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fandi Sifatkan Kekalahan 5-1 Kepada Terengganu FC, Bukannya Permainan Sebenar Sri Pahang FC"

Catat Ulasan

Loading...