Judul : Kontraktor Projek Lampu Jalan, Senggara Bangunan Di Pahang Kena Sentiasa Utamakan Keselamatan
link : Kontraktor Projek Lampu Jalan, Senggara Bangunan Di Pahang Kena Sentiasa Utamakan Keselamatan
Kontraktor Projek Lampu Jalan, Senggara Bangunan Di Pahang Kena Sentiasa Utamakan Keselamatan
KUANTAN: Kontraktor yang mendapat projek lampu jalan dan senggara bangunan bernilai RM7.814 juta di Pahang, diingatkan perlu mengutamakan aspek keselamatan.
Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia, Ismail Hashim, berkata keselamatan itu bukan sahaja membabitkan pekerja, malah pengguna jalan raya dan tapak projek untuk mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Katanya, pelaksanaan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan dengan memastikan kualiti kerja sentiasa menjadi keutamaan kerana semua bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Peruntukan yang disalurkan kerajaan dengan sentiasa mengikut prosedur dan pekeliling terkini yang ditetapkan terutama mematuhi tempoh siap kerja.
"Seperti sedia maklum, projek ini membabitkan kerja bernilai sehingga RM200,000 dengan tempoh siap yang lebih singkat dan seharusnya kontraktor mempunyai kecekapan dan kepatuhan kepada jadual yang dirancang.
"Oleh itu kita meminta semua kontraktor melaksanakan kerja dengan jujur, amanah dan berintegriti," katanya pada Majlis Perasmian Program Cabutan Undi Bilangan 1 2025 dan Sesi Libat Urus Kontraktor Elektrik Pahang di Dewan PM Najib, Batu 3, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang, Datuk Razali Kassim.
Berdasarkan peruntukan 53 projek itu, sebanyak 39 kerja lampu jalan dengan nilai RM5.150 juta dan 14 projek senggara bangunan bernilai RM2.079 juta
Sementara itu, Razali berkata, kerja itu dijangka bermula dimulakan pada 24 Februari dan siap pada 31 Mac ini.
"Kita harap kontraktor yang mendapat projek ini mengikut tempoh masa ditetapkan demi keselesaan rakyat," katanya.#BeritaHarian
Demikianlah Artikel Kontraktor Projek Lampu Jalan, Senggara Bangunan Di Pahang Kena Sentiasa Utamakan Keselamatan
Anda sekarang membaca artikel Kontraktor Projek Lampu Jalan, Senggara Bangunan Di Pahang Kena Sentiasa Utamakan Keselamatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/kontraktor-projek-lampu-jalan-senggara.html
0 Response to "Kontraktor Projek Lampu Jalan, Senggara Bangunan Di Pahang Kena Sentiasa Utamakan Keselamatan"
Catat Ulasan