Loading...

Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum

Loading...
Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum
link : Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum

Baca juga


Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum

KUALA LUMPUR: Pemimpin politik akur dengan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan isu Titah Adendum kerana perkara itu sudah berada di bawah proses undang-undang.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, berkata jika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa bersikap telus, perbahasan ini tidak berlaku dan akan berpanjangan.

"Salah kerajaan dan PM10 (Anwar) kerana gagal menyelesaikan isu ini secara cepat dan baik, sebaliknya mengakibatkan ia berpanjangan sehingga melebihi satu tahun.

"Kita junjung titah Tuanku Sultan Pahang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, isu ini turut menjadi perbahasan umum selepas pemimpin UMNO yang pro bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat terdapat elemen penderhakaan dan kegagalan untuk menjunjung kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Al-Sultan Abdullah seperti dipetik dalam laporan media pagi tadi mahu semua pihak menghormati proses undang-undang yang sedang berlangsung.

Turut akur dengan titah baginda, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh.

"Menjunjung titah tuanku," katanya ringkas ketika diminta mengulas saranan Sultan Pahang itu.

Pada Januari lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Najib juga dikatakan akan memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh kerana didakwa 'menyorokkan' Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Al-Sultan Abdullah yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Kini, perbicaraan kes itu sedang berjalan di Mahkamah Tinggi. #BHARIAN



Demikianlah Artikel Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum

Sekianlah artikel Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/pemimpin-politik-akur-dengan-titah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pemimpin politik Akur Dengan Titah Sultan Pahang, Tak Berterusan Panjangkan Isu Titah Adendum"

Catat Ulasan

Loading...