Loading...

Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah

Loading...
Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah
link : Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah

Baca juga


Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR: Satu himpunan perdana di Pahang akan diadakan sebagai tanda solidariti kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu Titah Adendum.

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Malaysia (UMMAH), Mohd Zai Mustafa berkata, anjuran tersebut bertujuan menegaskan kepada rakyat bahawa titah Baginda yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16 ketika itu, tidak boleh dicabar di peringkat mahkamah.

Ujar beliau, kawasan dan tarikh himpunan berkenaan akan dimaklumkan menerusi sidang media yang diadakan pada minggu hadapan.

"Pada pandangan kami di peringkat NGO, kerajaan sepatutnya memperakui bahawa Titah Adendum itu telah diserahkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 kepada Peguam Negara. Bagaimana hendak dilaksanakan, itu terserah kepada kerajaan.

"Untuk terus menafikan, menyembunyikan atau menyanggah Titah Adendum dalam pemfailan kepada Mahkamah Persekutuan, itu kita anggap sebagai satu percubaan menderhaka kepada titah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media NGO Islam Melayu Malaysia di sebuah hotel pada Isnin.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Masridzi Sat dan Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa memfailkan notis usul bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung isu Titah Adendum.

AGC dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan semua hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan prosiding semakan kehakiman sebelum mantan ahli Parlimen Pekan itu merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekadar khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti.

Menurut Mohd Zai, pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan AGC memfailkan notis usul memohon kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, perbuatan berkenaan didakwa seolah-olah ingin menyembunyikan dan menafikan kewujudan titah tersebut dan dibuktikan di mahkamah.

"Kita juga tidak bersetuju soal perintah larangan bersuara (gag order).

"Sebelum ini Peguam Negara telah memfailkan larangan bersuara untuk tidak memberi peluang sama ada kepada pemimpin-pemimpin masyarakat, NGO dan rakyat dalam membicarakan tentang Titah Adendum," ujarnya.

"Untuk terus menafikan, menyembunyikan atau menyanggah Titah Adendum dalam pemfailan kepada Mahkamah Persekutuan, itu kita anggap sebagai satu percubaan menderhaka kepada titah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dalam sidang media NGO Islam Melayu Malaysia di sebuah hotel pada Isnin.

Hadir sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali, Pengerusi Sekretariat Kedaulatan Agama Negara (SKAN), Masridzi Sat dan Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali.

Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa memfailkan notis usul bagi mendapatkan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung isu Titah Adendum.

AGC dalam satu kenyataan berkata, langkah itu dibuat bagi memastikan semua hak yang diperuntukkan oleh undang-undang dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulakan prosiding semakan kehakiman sebelum mantan ahli Parlimen Pekan itu merayu keputusan tersebut di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekadar khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti.

Menurut Mohd Zai, pihaknya tidak bersetuju dengan tindakan AGC memfailkan notis usul memohon kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan.

Katanya, perbuatan berkenaan didakwa seolah-olah ingin menyembunyikan dan menafikan kewujudan titah tersebut dan dibuktikan di mahkamah.

"Kita juga tidak bersetuju soal perintah larangan bersuara (gag order).

"Sebelum ini Peguam Negara telah memfailkan larangan bersuara untuk tidak memberi peluang sama ada kepada pemimpin-pemimpin masyarakat, NGO dan rakyat dalam membicarakan tentang Titah Adendum," ujarnya. #SinarHarian



Demikianlah Artikel Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah

Sekianlah artikel Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/02/titah-adendum-ummah-akan-adakan-satu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Titah Adendum: UMMAH Akan Adakan Satu Himpunan Solidariti Kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah"

Catat Ulasan

Loading...