Loading...

Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun

Loading...
Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun
link : Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun

Baca juga


Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun

MARAN: Dua lelaki warga emas yang juga penuntut sebuah institusi pondok di Chenor di sini maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam cerun sebelum melanggar pokok di Jalan Felda Jengka 23, Bandar Pusat Jengka pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, dalam kemalangan dilaporkan jam 1.20 tengah hari itu, mangsa, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, yang merupakan penumpang belakang kereta Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73, pula meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.

"Pemandu kereta, Jamaluddin Md Adam, 74, yang juga guru pondok dilaporkan cedera dan dirawat di hospital," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Perodua Myvi dinaiki mereka dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri, Chenor, Maran menghala ke Jengka 21.

"Ketika tiba di tempat kejadian kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun dan melanggar pokok," katanya.

Katanya, pihaknya kini sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, susulan maklumat diterima, enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

Beliau berkata, anggota bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

"Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan bagaimanapun salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Zulfadli berkata, mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.#SINARHARIAN



Demikianlah Artikel Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun

Sekianlah artikel Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/dua-lelaki-warga-emas-yang-juga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dua Lelaki Warga Emas Yang Juga Penuntut Pondok Maut, Kereta Dipandu Guru Terbabas Jatuh Cerun"

Catat Ulasan

Loading...