Judul : Fahmi Fadzil: Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum
link : Fahmi Fadzil: Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum
Fahmi Fadzil: Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri menjunjung kasih titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung gesaan supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan titah adendum.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan akan meneruskan tindakan sewajarnya untuk memastikan tiada pihak yang menderhakai titah Al-Sultan Abdullah.
Beliau yang merupakan Menteri Komunikasi juga menggesa semua pihak menghormati titah Sultan Pahang.
“Perdana Menteri telah merakamkan junjung kasih kerajaan kepada titah Sultan Pahang. Dari segi pelaksanaan dan juga perkara-perkara yang berkaitan.. kerajaan akan teruskan.
“Dalam hal titah kita serahkan kepada proses mahkamah (prosiding kehakiman bagi mengesahkan kewujudan Titah Adendum),” katanya pada sidang media.
Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya semua pihak tidak berterusan membahaskan isu Titah Adendum kerana perkara itu sudah berada di bawah proses undang-undang.
Susulan itu, Baginda mahu semua pihak terbabit menghormati proses yang sedang berlangsung dalam bidang kuasa pihak yang bertanggungjawab dan berintegriti.
Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Al-Sultan Abdullah yang juga Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Kini, perbicaraan kes tersebut sedang berjalan di Mahkamah Tinggi. #WILAYAHKU
Demikianlah Artikel Fahmi Fadzil: Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum
Anda sekarang membaca artikel Fahmi Fadzil: Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/fahmi-fadzil-jemaah-menteri-menjunjung.html
0 Response to "Fahmi Fadzil: Jemaah Menteri Menjunjung Kasih Titah Sultan Pahang Semua Pihak Henti Bahas Adendum"
Catat Ulasan