Judul : Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8,000 Penjawat Awam Negeri
link : Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8,000 Penjawat Awam Negeri
Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8,000 Penjawat Awam Negeri
KUANTAN: Kerajaan Pahang menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada penjawat awam Pahang.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pemberian bantuan itu membabitkan kira-kira 8,000 penjawat awam negeri itu dengan implikasi kewangan berjumlah RM8 juta.
Katanya, bantuan itu bertujuan untuk meringankan beban bagi menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
"Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri ini akan mula dibayar seminggu sebelum Aidilfitri.
"Diharapkan bantuan ini dapat meningkatkan semangat penjawat awam untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang demi kemakmuran dan kesejahteraan bersama," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri akan mengadakan Program Jualan Makmur Kluster Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2025, iaitu program jualan barangan makanan keperluan ketika perayaan Aidilfitri bermula 22 hingga 27 Mac ini.
"Program jualan ini membabitkan 26 lokasi di seluruh Pahang.
"Ia membabitkan kerjasama pasar raya dan pembekal terpilih dengan pengurangan harga barangan daripada 15 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran semasa yang disubsidikan oleh kerajaan Pahang membabitkan implikasi kewangan RM1.1 juta," katanya. #BHARIAN
Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8,000 Penjawat Awam Negeri
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8,000 Penjawat Awam Negeri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/kerajaan-pahang-bersetuju-memberi.html
0 Response to "Kerajaan Pahang Bersetuju Memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Kepada 8,000 Penjawat Awam Negeri"
Catat Ulasan