Loading...

Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

Loading...
Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini
link : Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

Baca juga


Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

SHAH ALAM: Kerajaan Pahang menetapkan syarat mana-mana pihak yang ingin menubuhkan pusat tahfiz, sekolah pondok atau institusi pendidikan Islam persendirian di negeri itu perlu mematuhi kurikulum disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, pematuhan itu penting bagi memastikan setiap ilmu disebarkan tidak terkeluar daripada landasan Islam yang sebenar.

Menurutnya, kurikulum yang dibangunkan Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam dan Jabatan Mufti Pahang susulan titah Sultan Pahang, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah itu bertujuan untuk menyeragamkan pendidikan Islam di negeri berkenaan.

"Alhamdulillah, saya sendiri menjunjung kasih kepada Tuanku Sultan Pahang kerana memudahkan kerja kerajaan negeri apabila baginda titahkan Jabatan Agama, Majlis Agama dan Jabatan Mufti untuk duduk serta buatkan kurikulum untuk diedarkan kepada sekolah pondok, tahfiz yang ingin meneruskan sekolah agama di negeri ini supaya ikut landasan kurikulum disediakan.

"Ini perkara asas, tiada makna kalau ada bangunan selamat, tanah yang dapat kelulusan, infrastruktur yang penuhi spesifikasi tetapi mendapat ideologi yang salah. Ini perkara yang diambil berat oleh Tuanku Sultan. Jadi sebab itulah kita bangunkan kurikulum ini dan operasi sekolah-sekolah ini akan dipantau juga oleh Jabatan Agama Islam Pahang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika Progran Interviu X Pod Cast Sinar - Pahang: Agama Dijunjung Rakyat Disantuni yang dihoskan oleh Haizir Othman berlangsung di Kumpulan Karangkraf di sini, baru-baru ini.



Syed Ibrahim menambah, penetapan dasar khas itu juga bagi memastikan akidah dipegang oleh pihak terlibat mengikut ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti mana yang telah diterima pakai oleh majoriti ulama dan umat Islam di negara ini.

Ujarnya lagi, garis panduan itu juga bertujuan untuk mengelakkan wujudnya gerakan pihak tertentu yang ingin menyebarkan ajaran baharu atau sesat dan bertentangan dengan syariat Islam.

Sementara itu, ditanya mengenai penerimaan guru-guru pondok dan pengusaha pusat tahfiz persendirian terhadap kurikulum yang dibangunkan tersebut, beliau berkata, rata-rata memberikan respons positif.

Dalam pada itu, ditanya mengenai usaha diambil kerajaan negeri bagi memastikan 1,100 institusi masjid dan surau di negeri tersebut tidak menjadi medium perpecahan dalam kalangan masyarakat, Syed Ibrahim berkata, setiap aktiviti yang dijalankan perlu mematuhi garis panduan berdasarkan enakmen negeri sedia ada.

“Kita ada 12 enakmen di dalam pembentangan Rang Undang-Undang (RUU). Enakmen-enakmen inilah yang membantu kerajaan negeri agar agensinya iaitu Jabatan Agama Islam Pahang dapat mengawal dan menyelia pembangunan serta aktiviti masjid sesuai dengan agenda yang hendak di bawa oleh Kerajaan Pahang,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut menzahirkan rasa syukur kerana kerajaan negeri tidak bersendirian dalam menjaga aspek berkenaan kerana Sultan Pahang mengambil perhatian serius tentang pembangunan tempat ibadat umat Islam itu.

ORACO menjaga kebajikan Orang Asli

Sementara itu, bagi memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli di negeri berkenaan yang kini mencecah kira-kira 90,000 orang melibatkan 300 kampung sentiasa terpelihara, Syed Ibrahim berkata, kerajaan mengambil inisiatif dengan mewujudkan Pahang Orang Asli Corporation Sdn Bhd (ORACO).

Katanya, agensi yang ditubuhkan pada tahun 2021 dicetuskan Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail itu berperanan membantu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kerajaan Negeri membangunkan masyarakat berkenaan agar mendapat pendidikan, pembangunan dan kebajikan seperti rakyat lain.

“Alhamdulillah dengan kesungguhan Menteri Besar dan Tuanku Sultan Pahang, kalau kita tengok banyak pembangunan telah dilaksanakan di kampung-kampung masyarakat itu yang jauh lebih maju berbanding sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan bukan sahaja pembinaan infrastuktur seperti jalan, rumah dan lain-lain, aspek pendidikan masyarakat tersebut juga turut menjadi keutamaan.

“Kita bersyukur ramai Orang Asli yang sudah masuk universiti dan insya-Allah kita jangkakan lebih ramai lagi tokoh yang kita akan bangunkan,” katanya.

Beliau menambah, sebagai bukti kesungguhan kerajaan untuk memastikan kebajikan Orang Asli sentiasa terpelihara, kini hampir 200 keluarga menerima rumah rakyat Pahang secara percuma dan pemberian wang tunai RM500 serta laptop kepada pelajar Orang Asli yang berjaya memasuki universiti.

Seimbangkan pembangunan infrastuktur bandar, luar bandar

Dalam pada itu, menyentuh mengenai perancangan pembangunan infrastuktur bandar dan luar bandar, Syed Ibrahim berkata, kerajaan sentiasa memberi keseimbangan bagi kedua-dua kawasan tersebut.

Ini kerana katanya, kemudahan infrastuktur seperti jalan, kemudahan asas dan sebagainya menjadi aspek terpenting bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat secara keseluruhan.

“Di Pahang kita mempunyai kira-kira 600 kampung. Kita bersyukur kita dapat mewarisi negeri daripada pemimpin yang berpandangan jauh seperti Allahyarham Tun Abdul Razak yang banyak memperkenalkan pembangunan seperti Felda, Risda dan sebagainya.

“Malah, kita juga telah membuka beberapa kampung baharu dan dalam proses untuk membina lebih banyak lagi beserta dengan kemudahan infrastruktur. Ia dapat membantu rakyat Pahang memiliki kediaman dan dalam masa sama kita dapat mengurangkan penghijrahan golongan muda ke luar,” katanya.

Menurutnya, Pahang melalui pelaksanaan Skim Tanah Rakyat (STR) mencari kawasan tanah kosong milik kerajaan untuk memberi lot-lot tanah kepada rakyat yang layak supaya mereka dapat membina kediaman.

Juadah Makmur

Beliau menambah, kesungguhan kerajaan Pahang untuk menjaga kebajikan rakyat tidak pernah berhenti dan antara pelaksanaan terbaharu ialah memperkenalkan program Juadah Makmur.

Idea yang dicetuskan Wan Rosdy itu katanya secara tidak langsung membantu rakyat kurang berkemampuan menikmati makanan secara percuma di masjid-masjid terpilih setiap Jumaat.

“Usaha ini juga berupaya menarik masyarakat terutamanya golongan muda agar dekat dengan masjid.

“Program ini juga menjadi insiatif kerajaan negeri untuk berkongsi rezeki dengan rakyat dan Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang sangat positif daripada semua pihak,” katanya. #SINAR



Demikianlah Artikel Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini

Sekianlah artikel Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/kerajaan-pahang-wujudkan-kurikulum-khas.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Pahang Wujudkan Kurikulum Khas Kepada Pengusaha Tahfiz Dan Sekolah Pondok Di Negeri Ini"

Catat Ulasan

Loading...