Judul : Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah, Kediaman Hangus Terbakar
link : Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah, Kediaman Hangus Terbakar
Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah, Kediaman Hangus Terbakar
MARAN: Persiapan Aidilfitri sebuah keluarga di Felda Kenanga Jengka 7 di sini musnah selepas kediaman mereka hangus dalam kebakaran menjelang waktu berbuka puasa semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang semalam itu, tiada barangan dapat diselamatkan termasuk kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Penghuninya, Yasran Mustaffa, 48, berkata, ketika kejadian, hanya dia, isteri dan ibunya, Fatimah Awang berada dalam rumah tersebut.
“Ketika sedang belah tembikai tiba-tiba terdengar letupan di bilik tengah, ingatkan bunyi mercun. Saya bergegas ke bilik berkenaan, apabila buka pintu, api sudah marak.
“Saya tidak sempat selamatkan baju yang baharu di beli, semua baju raya, kuih raya hangus terbakar. Kini saya dan keluarga tinggal sehelai sepinggang,” katanya yang ketika ini menumpang di rumah jiran di sini hari ini.
Pengerusi Badan Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Razak Daud hadir menyantuni keluarga terbabit dan menyampaikan sumbangan RM500 bagi meringankan beban mereka.
Katanya, Gabungan Masjid Wilayah Jengka mempunyai dana khas hasil kutipan bulanan membabitkan 37 masjid sebagai tabung bencana seperti kebakaran dan banjir.
Selain Gabungan Masjid Wilayah Jengka, Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Datuk Mohd. Banuri Aris turut menyantuni keluarga itu dan menyampaikan sumbangan awal RM5,000 bagi meringankan beban kewangan mangsa menyambut Aidilfitri. #UTUSAN
Demikianlah Artikel Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah, Kediaman Hangus Terbakar
Anda sekarang membaca artikel Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah, Kediaman Hangus Terbakar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/persiapan-aidilfitri-sebuah-keluarga.html

0 Response to "Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah, Kediaman Hangus Terbakar"
Catat Ulasan