Loading...

Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600

Loading...
Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600
link : Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600

Baca juga


Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600

KUANTAN: Seorang pegawai Imigresen dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas 22 pertuduhan rasuah melibatkan jumlah keseluruhan RM47,600.

Tertuduh, Kamarul Amilin Zainal Ariffin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga ke-10, Kamarul Amilin yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Risikan Temerloh, Ibu Pejabat Imigresen Malaysia, Pahang, didakwa menerima rasuah sebanyak RM15,800 daripada dua individu.

Wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya sebagai dorongan untuk mendedahkan maklumat operasi serbuan imigresen.

Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Temerloh, antara Mac 2018 hingga September 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Bagi pertuduhan ke-11 hingga ke-22, Kamarul Amilin didakwa sebagai penjawat awam yang bertugas di tempat sama, menerima untuk dirinya suapan sebanyak RM31,800 secara dalam talian daripada empat individu, sedangkan tertuduh mengetahui wang tersebut mempunyai kaitan dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di lokasi sama antara Januari 2018 hingga November 2021.

Kamarul Amilin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM, Kamariah Seman menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Namun, tertuduh diwakili peguam Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar memohon agar mahkamah mengurangkan wang jaminan atas alasan anak guamnya menyara tiga anak dan mempunyai pendapatan bersih sekitar RM3,000.

Mahkamah kemudian membenarkan Kamarul Amilin diikat jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Kes disebut semula 29 April depan. #SINARHARIAN



Demikianlah Artikel Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600

Sekianlah artikel Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/seorang-pegawai-imigresen-temerloh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Pegawai Imigresen Temerloh Didakwa Atas 22 Pertuduhan Rasuah, Terima Suapan Sebanyak RM47,600"

Catat Ulasan

Loading...