Loading...

SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April

Loading...
SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April
link : SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April

Baca juga


SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak pada 26 April depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April ini.

“Tempoh berkempen ditetapkan selama 14 hari bermula dari tarikh pengisytiharan calon yang bertanding hingga jam 11.59 malam 25 April.

"Pelaksanaan PRK DUN N.48 Ayer Kuning memerlukan peruntukan sebanyak RM2.5 juta,” katanya pada sidang media, di sini, pada Jumaat.

Sehubungan itu, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara akan dibuka mulai hari ini.

Mengulas lanjut, Ramlan berkata, Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan diguna untuk PRK itu membabitkan daftar pemilih tambahan Januari 2025, dikemas kini hingga 22 Februari lalu.

DPPR bagi PRK ini mengandungi seramai 31,897 orang pemilih.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian Ishsam Shahrudddin, 59, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Ishsam yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti 2,213 undi dalam pertembungan lima penjuru.

Ishsam dari UMNO memperoleh 9,088 undi mendahului calon PH (6,875), PN (6,812), Parti Sosialis Malaysia (586) dan Parti Pejuang Tanahair (105). #ASTRO



Demikianlah Artikel SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April

Sekianlah artikel SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/03/spr-menetapkan-pilihan-raya-kecil-dun.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPR Menetapkan Pilihan Raya Kecil DUN Ayer Kuning Pada 26 April, Hari Penamaan Calon Pada12 April"

Catat Ulasan

Loading...