Loading...

Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia

Loading...
Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia
link : Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia

Baca juga


Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia

JERANTUT: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung (FLOODCOM) yang pertama di Malaysia.

FLOODCOM yang dibangunkan hasil kerjasama antara Agensi Nuklear Malaysia (ANM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang di Kampung Bantal, Hulu Tembeling, bertujuan menyelaras operasi dan logistik khususnya semasa berlakunya bencana banjir.

Dalam majlis sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan berupa modal dan peralatan bot pelancong bagi Program Pembangunan Ekonomi Asnaf serta bantuan Bina Baru Rumah oleh Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) kepada beberapa penduduk di mukim Hulu Tembeling.

Turut mengiringi baginda ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan harapan agar semua inisiatif itu dapat meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat dan berhasrat untuk memperluaskan program tersebut ke kawasan lain.

"Penerima bantuan peralatan tadi, saya harap dapat membuktikan kejayaan projek ini. Jangan bekerja sambil lewa, beri tumpuan sepenuhnya. Jika berjaya, kita akan tambah lagi bantuan dalam skala yang lebih besar," titah baginda pada Majlis Pengurniaan Bantuan Program Pembangunan Ekonomi Asnaf dan Bantuan Bina Baru Rumah MUIP serta Perasmian FLOODCOM di Kampung Bantal, di sini.

Selain itu, baginda turut menitahkan agar MUIP menubuhkan satu badan khas bagi memperkasa sektor ekonomi, khususnya pelancongan, di kawasan Hulu Tembeling dan Pulau Tioman.

Baginda juga menyatakan hasrat untuk menjalankan kajian terperinci bagi membangunkan sektor pertanian mikro menggunakan teknologi moden di kawasan pedalaman.

"Saya juga akan membuat kajian terperinci untuk melaksanakan projek pertanian berskala kecil tanpa perlu meneroka kawasan tanah baharu. Kita akan manfaatkan teknologi canggih supaya hasil pertanian dapat digunakan untuk keperluan domestik atau dijual ke luar," titah baginda. #AstroAwani



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia

Sekianlah artikel Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/sultan-pahang-berkenan-merasmikan-pusat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Berkenan Merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung Yang Pertama Di Malaysia"

Catat Ulasan

Loading...