Judul : Tuan Ibrahim Cadang Kerajaan Pahang Tambah Kemudahan Kepada Anggota Penguatkuasa Pantau Pencerobohan
link : Tuan Ibrahim Cadang Kerajaan Pahang Tambah Kemudahan Kepada Anggota Penguatkuasa Pantau Pencerobohan
Tuan Ibrahim Cadang Kerajaan Pahang Tambah Kemudahan Kepada Anggota Penguatkuasa Pantau Pencerobohan
KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man turut mencadangkan agar kerajaan Pahang menambah kemudahan kepada anggota penguat kuasa sama ada teknologi moden termasuk dron bagi memantau pencerobohan.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Isnin.
Jelasnya, tanpa peralatan dan sokongan teknologi yang canggih ia agak sukar untuk pihak berkuasa bertindak.
"Saya menyokong penuh titah Sultan Pahang dan tindakan yang diambil (pencerobohan tanah) dan turut dukacita dalam kes ini kerana ada pihak yang membela mereka yang melanggar undang-undang," katanya.
Selain isu pencerobohan tanah secara haram, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan Pahang perlu bertindak segera dalam menyelesaikan Tanah Rizab Melayu (TRM).
Ujarnya, walaupun Al-Sultan Abdullah menzahirkan kegembiraan berkenaan peningkatan keluasan TRM kerajaan tidak boleh selesa.
"Terdapat aduan berkenaan kes 'Ali Baba' apabila terdapat individu pihak asing yang menggunakan nama Melayu atau kaum asal bagi mengaburi kerajaan.
"Ini juga adalah pencerobohan haram, malah ia adalah pengkhianatan baik kepada mereka yang menggunakan atau membenarkan penggunaan nama," katanya. #SinarHarian
Demikianlah Artikel Tuan Ibrahim Cadang Kerajaan Pahang Tambah Kemudahan Kepada Anggota Penguatkuasa Pantau Pencerobohan
Anda sekarang membaca artikel Tuan Ibrahim Cadang Kerajaan Pahang Tambah Kemudahan Kepada Anggota Penguatkuasa Pantau Pencerobohan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/tuan-ibrahim-cadang-kerajaan-pahang.html

0 Response to "Tuan Ibrahim Cadang Kerajaan Pahang Tambah Kemudahan Kepada Anggota Penguatkuasa Pantau Pencerobohan"
Catat Ulasan