Loading...

Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025

Loading...
Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025
link : Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025

Baca juga


Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025


KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sekurang-kurang RM2 juta bagi melaksanakan program Pahang Lead 2025 dengan modul yang lebih segar dan berkesan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, program kepimpinanan itu sudah digerakkan sejak tahun lalu dalam usaha melahirkan kepimpinan muda dalam pelbagai bidang.

Tambahnya, Pahang Lead 2025 mampu membantu pemimpin muda memiliki jati diri tinggi serta memahami aspirasi dan inisiatif yang kerajaan negeri laksanakan.

“Pada tahun ini seramai 251,279 pelajar sekolah akan didedahkan dengan modul Tier 1 Pahang Lead yang akan terus mempasakkan jatidiri dan semangat cintakan negeri Pahang, melalui proses saringan hingga ke Tier 4 bagi mencari 66 orang pemimpin muda yang berbakat dan kepimpinan pelajar yang berkualiti.

“Keutuhan jati diri dalam jiwa anak-anak kita perlu diperkukuhkan. Kita perlu menyedarkan mereka tentang perlunya disiplin diri yang tinggi dan berpegang teguh kepada nilai-nilai murni sepanjang masa. Sudah pasti ia bukan sesuatu yang mudah dan akan berlaku secara sendiri.

”Kerana itu kita menyokong program Pahang Lead dan program-program kepimpinan yang seumpamanya ini kerana ia mampu mengukuh dan menyerlahkan lagi potensi pemimpin muda,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis Perasmian Pahang Lead 2025 di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang, di sini, hari ini.

Menurut Wan Rosdy, beliau  percaya ramai anak-anak muda berpotensi untuk menjadi pemimpin yang hebat.

Tambah beliau, Pahang dikenali sebagai gedung melahirkan pemimpin seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Ghazali Shafie, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. #MalaysiaGazette



Demikianlah Artikel Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025

Sekianlah artikel Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/04/wan-rosdy-kerajaan-negeri-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Peruntukkan RM2 Juta Bagi Melaksanakan Program Pahang Lead 2025"

Catat Ulasan

Loading...