Judul : Bekas Pemimpin MCA, Ti Lian Ker Salahkan UMNO Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun
link : Bekas Pemimpin MCA, Ti Lian Ker Salahkan UMNO Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun
Bekas Pemimpin MCA, Ti Lian Ker Salahkan UMNO Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemimpin MCA menyalahkan UMNO sebagai punca partinya mengalami kemerosotan sokongan berterusan daripada pengundi Cina sejak kira-kira 20 tahun lalu.
Bekas Naib Presiden, Dato' Sri Ti Lian Ker, rentetan insiden sebahagian besarnya membabitkan pemimpin UMNO bermula pada awal 2000 sebelum diburukkan lagi oleh aksi menghunus keris semasa perhimpunan agung parti tersebut pada 2005 dan 2007.
Kata Ti, aksi sebegitu tidak sesuai untuk masyarakat Cina di negara ini.
“Masyarakat Cina tersinggung dengan kejadian-kejadian ini, terutamanya selepas MCA memujuk masyarakat Cina menyokong Mahathir dalam perselisihannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah, dan kemudian supaya menyokong Abdullah Ahmad Badawi.
“Kami (MCA) yang bersama UMNO turut dipersalahkan lalu binasa,” katanya.
Ti berkata, ketegangan semakin memuncak pada 2006 apabila menteri kabinet bukan Islam terpaksa menarik balik memorandum yang menggesa perdana menteri ketika itu, Abdullah, untuk menjaga hak agama minoriti.
Episod itu, katanya, mengukuhkan persepsi terhadap pengaruh MCA yang lemah dalam gabungan BN.#Malaysiakini
Demikianlah Artikel Bekas Pemimpin MCA, Ti Lian Ker Salahkan UMNO Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun
Anda sekarang membaca artikel Bekas Pemimpin MCA, Ti Lian Ker Salahkan UMNO Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/bekas-pemimpin-mca-ti-lian-ker-salahkan.html

0 Response to "Bekas Pemimpin MCA, Ti Lian Ker Salahkan UMNO Jadi Punca Pengundi Cina Menjauh Diri Sejak 20 Tahun"
Catat Ulasan