Judul : Bergu Wanita Negara Pearly Tan Dan M Thinaah Juara Terbuka Thailand, Kaut Hadiah Wang Tunai RM161,191
link : Bergu Wanita Negara Pearly Tan Dan M Thinaah Juara Terbuka Thailand, Kaut Hadiah Wang Tunai RM161,191
Bergu Wanita Negara Pearly Tan Dan M Thinaah Juara Terbuka Thailand, Kaut Hadiah Wang Tunai RM161,191
KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah menamatkan kemarau kejuaraan apabila merangkul gelaran sulung musim ini selepas menjuarai Terbuka Thailand 2025, hari ini.
Pasangan nombor empat dunia itu tampil cemerlang dalam aksi final di Stadium Nimibutr, Bangkok apabila menundukkan wakil Korea Selatan, Jeung Na Eun-Lee Yeon Woo dengan keputusan straight set 21-16, 21-17 dalam tempoh 58 minit.
Sebagai juara, Pearly-Thinaah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$37,525 (RM161,191).
Kejayaan itu sekali gus menamatkan penantian sejak September tahun lalu, apabila mereka kali terakhir merangkul kejuaraan di Terbuka Hong Kong 2024.
Sepanjang tempoh itu, gandingan negara hanya berjaya muncul naib juara di Terbuka Artik 2024 dan Masters Indonesia 2025.
Kemenangan di Bangkok ini menjadi tonik terbaik buat Pearly-Thinaah yang kini mengalihkan tumpuan mereka ke pentas Masters Malaysia yang akan berlangsung di laman sendiri bermula Selasa ini.
Mereka dijadual memulakan kempen di Axiata Arena menentang pasangan Hong Kong, Fan Ka Yan-Yau Mau Ying dalam pusingan pertama. #BeritaHarian
Demikianlah Artikel Bergu Wanita Negara Pearly Tan Dan M Thinaah Juara Terbuka Thailand, Kaut Hadiah Wang Tunai RM161,191
Anda sekarang membaca artikel Bergu Wanita Negara Pearly Tan Dan M Thinaah Juara Terbuka Thailand, Kaut Hadiah Wang Tunai RM161,191 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2025/05/bergu-wanita-negara-pearly-tan-dan-m.html
0 Response to "Bergu Wanita Negara Pearly Tan Dan M Thinaah Juara Terbuka Thailand, Kaut Hadiah Wang Tunai RM161,191"
Catat Ulasan